Friday, January 18, 2013

Mirror inside Mirror Chapter lll Part 1


Apakah 'self-esteem' ? Self-esteem ni adalah satu perasaan yang kita rasai tentang diri kita,atau konsep diri kita yang kita rasai atau fahami. Lebih jauh lagi,self-esteem inilah yang membantu seseorang bagaimana dia mahu menerangkan keadaan dirinya. Emosinya,pemikirannya,situasi dirinya. Self-esteem juga berkisar tentang maruah dan jatidiri merupakan kesan (extension) dari self-esteem. Contoh paling mudah untuk menerangkan tentang self-esteem ialah apabila kita menerangkan tentang diri masing-masing. “KEPERCAYAAN KITA TENTANG DIRI KITA”.
            Self-esteem penting untuk membangkitkan motivasi dan semangat berjuang. Orang akan jatuh semangat apabila dirosakkan self-esteemnya atau direndah-rendahkan (downgrade). Mana - mana bangsa yang pernah dibawah imperialisme mempunyai masalah self-esteem. Sesetengah dari mereka memandang tinggi orang Barat. Orang Barat digambarkan sebagai berkebolehan tinggi, segak, tepat semua tindakan, bijak dan berkemahiran. Ini lahir dari pembacaan sejarah yang melebih-lebihkan isu penjajahan. Jadi produk yang terhasil adalah minda terjajah. Terdapat dua kategori,pertama mereka yang kurang mendapat pendidikan,memandang tinggi orang Barat seolah-olah genius dan hebat. Kedua, mereka yang mendapat pendidikan,tapi tetap memandang orang Barat sebagai genius dan hebat dan memandang rendah bangsa sendiri dan Islam.
            Golongan kedua adalah parasit yang perlu 'disekolahkan'. Golongan kedua adalah wannabe tahap berat yang bangga dengan orang luar dan motived diri sendiri bahawa bangsa sendiri dan Islam adalah di bawah tahap. Kemudian dia setkan pemikiran orang lain bahawa bangsa sendiri dan Islam adalah  'low-level'. Mereka tiada self-esteem walau nampak 'educated'. Pandangan dan pemikiran mereka adalah pesimis.
            Untuk menjadi bangsa yang berani dan tabah, kita perlukan orang-orang yang kuat self-esteem. Jepun, yang hancur semasa Perang Dunia Kedua, memiliki orang-orang yang kuat self-esteem mereka. Pemikiran mereka jika Barat boleh buat itu dan ini, mereka pun boleh! Dan mereka berjaya. Lihat Filipina, rakyat mereka bijak-bijak. Bahasa Inggeris mereka bagus. Jurutera-jurutera mereka banyak berkerja di industri-industri termasuk di negara kita. Tetapi negara mereka mundur. Mereka tiada budaya dan self-esteem mereka hancur masa penjajahan Sepanyol dan Amerika. Dan mereka jadi 'wannabe' kepada kebudayaan Latin dan Barat.
            Self-esteem PERCAYA KEPADA KEMAMPUAN DIRI SENDIRI. Salah satu booster untuk mencapai self-esteem ialah melalui sejarah. Sebab itu jika anda belajar taktik ketenteraan, ada strategi untuk melemahkan musuh dengan satu teknik perang saraf, iaitu memusnahkan sejarah pihak yang kalah. Tujuan? Untuk HANCURKAN SELF-ESTEEM. Kita selalu dengar,apabila sesuatu negara melanggar negara lain, mereka akan membakar perpustakaan dan khazanah negara. Memusnahkan sejarah negara lain atau sesuatu bangsa akan melemahkan jatidiri dan semangat mereka.Tujuan? Supaya lemah untuk bangkit memberontak. Setiap 'uprising' mesti ada modal untuk buat 'battlecry'. Inspirasi untuk naik. Sejarah sesuatu bangsa adalah modal yang 'intangible' untuk pacu mereka supaya mara ke depan. Ahli sejarah pada zaman dahulu ibarat pegawai istana. Di dalam istana Maharaja China, memang ada penulis rekod dan sarjana sejarah yang akan buat riwayat (chronicles) pada satu-satu dinasti. Budaya Rom,memang kaya dengan ahli sejarah seperti Josephus.
             Sebab itu saya benci sikap orang yang melihat pesimis terhadap kemampuan bangsanya sendiri. Mereka pandang rendah bangsanya sendiri lebih-lebih lagi yang profesion mereka lebih rendah pada pandangan orang pesimis ini. Jika dia engineer, dia akan pandang rendah anak bangsanya yang kerja buruh kasar. Kalau dia kerja pejabat, dia akan pandang rendah makcik cleaner. Pemikiran dia dah set bahawa bangsa dia tetap 'low-level' sampai bila-bila.Ini yang terjadi kepada Filipina dan Kemboja sebagai contoh “No self-esteem, No confident”.
             Sebagai contoh,seseorang yang mengadu sakit itu dan sakit ini, walhal doktor meyakinkan dia bahawa dia sihat. Ini samalah dengan orang yang CACAT SELF-ESTEEM ini. Walaupun diyakinkan kemampuan anak bangsanya, dia TETAP PESIMIS. Kita kena ada orang yang walaupun dia berpendidikan tinggi dan bergaul dengan masyarakat antarabangsa, namun dia manfaatkan status dia untuk bawa secebis ilmu yang bermanfaat untuk bangunkan masyarakat islam. Kemudian bagi kata-kata semangat kepada mereka, berfikiran positif dan optimis.

Sunday, January 13, 2013

Kajian Sejarah - Adolf Hitler

Adolf Hitler
Nama yang cukup sinonim dengan kita apatah lagi bagi rakyat Jerman. Seperti yang telah direncanakan oleh pengkaji-pengkaji sejarah barat, Adolf Hitler seorang yang sangat kejam dan tidak berperikemanusian. Seorang pemimpin parti National Socialist German Workers atau lebih dikenali sebagai Nazi. Beliau memegang tampuk pemerintahan Jerman setelah partinya memenangi hati rakyat, bermula dari tahun 1933-1945. Jika ditanya kepada rakyat Jerman tentang Hitler, mereka menganggap apa-apa sahaja yang berkaitan dengan hitler dikelaskan sebagai 'taboo' .Holocaust yang dilakukan Hitler terhadap Yahudi memberi imej buruk kepada Jerman. Jerman dianggap sebagai penjenayah dunia kerana melakukan jenayah perang; iaitu menghapuskan sesebuah kaum kerana beliau menghancurkan Yahudi.
Semuanya bermula pada tahun 1939, atau tarikh yang lebih tepat ialah 30 Januari 1939. Hitler membuat ucapan di Kroll Opera House dan dengan terang-terangan, beliau menyeru rakyatnya menghapuskan Yahudi. Di situlah bermulanya perancangan holocaust Hitler. Ayatnya berbunyi:

"if the international Jewish financiers in and outside Europe should succeed in plunging the nations once more into a world war, then the result will not be the Bolshevizing of the earth, and thus the victory of Jewry, but the annihilation of the Jewish race in Europe." |sumber: wikipedia|

Holocaust
Apa yang telah Hitler lakukan, dikecam hebat oleh masyarakat dunia, kononnya Adolf Hitler melakukan jenayah perang dengan menghapuskan sesebuah kaum; holocaust.Tetap Kini, Yahudi telah pun melakukan perkara yang sama seperti Hitler lakukan, dengan menyerang dan merampas Palestin , membunuh kanak-kanak, wanita yang sedang hamil dibunuh tanpa belas, orang tua dan ramai lagi orang tidak berdosa yang menjadi sasaran bedilan yang tidak berperikemanusiaan hasil perlakuan anjing Yahudi. Bukankah itu holocaust, atau mungkin hampir sama dengan holocaust?. Mungkin belum cukup ganas dan kejam seperti Hitler rasanya...
Persoalannya disini, apakah yang dilakukan oleh dunia islam? hanya melihat saudara-saudara kita diganyang dan diratah tanpa ada rasa bersalah benarlah sabda baginda

Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Hampir terjadi keadaan yang mana umat-umat lain akan mengerumuni kalian bagai orang-orang yang makan mengerumuni makanannya. Salah seorang sahabat berkata: Apakah karena sedikitnya Kami pada waktu itu.? Nabi berkata: Bahkan, pada saat itu kalian banyak jumlahnya, tetapi kalian bagai ghutsa (buih kotor yang terbawa air saat banjir). Pasti Allan akan cabut rasa segan yang ada dalam dada-dada musuh kalian, kemudian Allah campakkan kepada kalian rasa wahn. Kata para sahabat: Wahai Rasulullah apa rasa wahn itu? Beliau bersabda: Cinta dunia dan takut mati
|HR Abu Daud No.4297, Ahmad 5/278, Abu Nuaim dalam al-Hilyah 1/182 dengan dua jalan dan dengan keduanya hadits ini menjadi shahih|


Pelbagai cara telah digunakan bagi menyekat mereka namun kedegilan kaum Yahudi tetap tidak dapat dihalang malah dunia kini berada di bawah telapak kaki mereka. Tiada gunanya kuasa-kuasa besar, kerana PBB? International Court of Justice (ICJ)? adalah dibawah penguasaan mereka. Segala serangan yang dilakukan oleh Zionis terhadap Palestin di halalkan. Pergolakan di Palestina sekadar hiburan bagi mereka.

Palestine
Didalam Al quran ada dirakamkan mengenai perihal kaum yahudi:

Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.
|Q.s. Al-Israa: 4|


Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.
|Q.s. Al-Israa: 5|


Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
|Q.s. Al-Israa: 6|


Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
|Q.s. Al-Israa: 6|


Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.
|Q.s. Al-Maidah: 32|

Tidak keterlaluan jika saya nyatakan bahawa Adolf Hitler telah sedia mengkaji al-quran mengenai kaum perosak ini,sayangnya dia bukan islam dan sifatnya ingin memusnahkan kaum yang lain adalah tinggi..apalah bezanya Adolf dengan zionisme kini, sedangkan di dalam al quran menyatakan:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
|Q.s. Al-Hujurat: 13|


Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
|Q.s. Al-Maidah: 8|


antara kata-kata Adolf Hitler, mengenai kaum yahudi:


Pemimpin Parti Nazi, German
"I could have annihilated all the Jews, but I left some of them so the world would know why I killed them" |Adolf Hitler|

Artikel ini bukan bertujuan untuk mengangkat Adolf Hitler, sekadar mengajak umat islam berfiki sejenak mengenai Perihal Yahudi seperti yang Adolf Hitler fikirkan. Apa yang saya lihat Umat Islam Masih Tidak Sedar dan sibuk bercakar sesama sendiri. Bersatulah wahai teman-teman ku sekalian untuk memerangi kuffar dan zionis laknatullah. kerana itu lah perkara yang sangat ditakuti oleh mereka.

Wallahualam.

Friday, January 11, 2013

Chapter II Part 2: Break the barrier within thou mind


ENGRGAM mendapat namanya dari seorang penyelidik teknologi ingatan yang bernama, Richard Semon Engram. Engram tidak terletak di satu bahagian sahaja tetapi berada di seluruh bahagian otak yang bernama cortex. Otak manusia boleh dibahagikan kepada cerebellum, striatum, cerebral cortex, hippocampus dan amyglada. Setiap bahagian ini memainkan peranan penting di dalam sistem memori dan Engram di dalam kehidupan manusia. Melalui eksperimennya ke atas arnab beliau menyatakan Engram berada di dalam otak cerebellum dan bukannya di cerebral cortex. Yang menjadi isu penting adalah bukan di bahagian otak mana Engram berada tetapi bagaimanakah cara untuk menghapuskannya seperti kita menghapuskan virus di dalam komputer.
            Apakah kaedah yang sesuai untuk menghapuskan musuh dalam selimut ini seterusnya menjaga minda kita dari terkena Engram yang boleh memupuskan nilai islam? Bolehkah sesiapa yang mengenali kaedah Manipulasi MInda Bawah Sedar dan pengaktifan Engram melupuskan generasi muda, tua dan janin umat islam yang masih di dalam kandungan ibu?
            Dahulu penjajah menjadikan ayat seperti “melayu itu bodoh”, “melayu itu lemah”,”Apa merdeka tu? kalau tidak ada British ingat kita boleh perintah ke Negara ni” dan banyak lagi sebagai propaganda untuk memanipulasi minda orang-orang Melayu. Propaganda ini menjadi password atau trigger word untuk mengaktifkan Engram yang ada dan terus melemahkan semangat orang-orang Melayu sepeti yang berlaku sejak 400 tahun yang lalu. Ia sekaligus akan melumpuhkan semangat perjuangan orang-orang Melayu untuk bersaing mencapai tahap yang setanding dengan bangsa lain. Jadi orang-orang  Melayu tetap akan menjadi bangsa yang menurut perintah pihak atasan secara turun temurun.
            Berapa lama lagikah pihak penjajah akan berterusan memanipulasi Minda Bawah Sedar atas nama Globalisasi, isu keselamatan antarabangsa dan sebagainya untuk membius minda ummah dalam alaf baru ini? Ternyata kuasa penghalang induk dalam minda kita adalah Engram, Ia menjadi musuh dalam selimut yang melumpuhkan kehebatan umat islam dari dalam dengan remote control tanpa kos yang tinggi. Kaedah mengaktifkan minda untuk membasmi Engram sudah wujud di Eropah, Amerika dan Israel. Namun selama ini terdapat terlalu banyak halangan tangan-tangan ghaib atau halangan bawah radar supaya ia tidak sampai ke Negara-negara membangun seperti kita. Bayangkan Negara Israel dengan populasi penduduk kurang dari 13.5 juta mampu mengawal lebih dari 90% talian hayat ekonomi dunia yang dimiliki oleh hampir 7 billion penduduk dunia.

Wednesday, December 26, 2012

Chapter II Part I: Break the barrier within thou mind


MINDA manusia terdiri daripada 3 aspek iaitu Minda Sedar (conscious mind), Minda Bawah Sedar (Sub-conscious Mind), dan Minda Tidak Sedar (unconscious mind). Setiap satu aspek ini memainkan peranan yang berasingan dan bersepadu.
            Minda Bawah Sedar (sub-concious mind) ini tidak menyimpan memori seperti yang kita faham selama ini. Ia hanya menyimpan imej dan ikon yang dinamakan Engram. Engram adalah DVD didalam Minda Bawah Sedar yang merakamkan peristiea-peristiwa seperti mimpi, khayalan ketika manusia berada didalam keadaan separuh sedar, di bawah kawalan ubat bius, ketika mengalami sesuatu penyakit yang teruk atau konik dan ketika berada di dalam kesakitan yang berlebihan seperti kemalangan, migraine dan sebagainya. Waktu ini, Minda Sedar (conscious mind) akan menutup dan diambil alih oleh minda automatik iaitu Minda Bawah Sedar yang juga dikenali sebagai Minda Reaktif. Ia penuh dengan gambar, bunyi-bunyian, muzik dan haruman yang lengkap.
            Di dalam Minda Bawah Sedar ini, terdapat rekod beribu-ribu malahan berjuta Engram sejak manusia dilahirkan. Engram juga terbentuk semasa seorang bayi masih di dalam rahim ibunya. Penyakit yang diwariskan oleh ibu melalui janin di dalam kandungan dinamakan penyakit keturunan atau hereditary diseases.
            Minda Reaktif atau Minda Bawah Sedar (subconcious mind) boleh diibaratkan seperti sebuah sistem komputer kapal terbang. Apabila pesawat menghadapi masalah, sistem ini akan mengambil alih tugas sebagai juruterbang dan mengeluarkan isyarat serta nasihat kepada juruterbang sebenar. Sistem ini akan bertindak reaktif terhadap situasi kecemasan yang dihadapi ketika itu. Alat pengesan (sensor) di dalam kapal terbang itu juga akan meminta juruterbang menaikkan atau menurunkan paras ketinggian (altitude) untuk mengelakan kemalangan udara sekiranya terdapat sebuah kapal terbang lain datang dari arah bertentangan. Engram di dalam Minda Reaktif akan bertindak secara automatik pada bila-bila masa di dalam keadaan-keadaan tertentu yang mendesak.
            Engram berfungsi untuk membangkitkan rasa takut, ketagihan, makan berlebihan dan kebanyakan penyakit, emosi, sosial, fizikal, psikologikal dan spiritual. Satu Engram boleh mengaktifkan Engram yang lain di dalam satu rangkaian cerita yang sama seperti sebuah drama bersiri yang tiada kesudahan. Maka tidak dapat dipastikan berapa banyak Engram boleh diaktifkan serentak.
            Engram pada asalnya adalah untuk memelihara dan melindungi seseorang individu dari membahayakan dirinya. Misalnya semasa zaman kanak-kanak, seorang individu pernah digigit anjing, Engram takut anjing akan terbentuk di dalam Minda Bawah Sedar individu tersebut. Engram takut anjing ini adalah untuk menjaga kanak-kanak itu dari digigit anjing sekali lagi. Apa yang menjadi masalah ialah apabila individu itu membesar dan dewasa, dia aka tetap takut pada gigitan anjing kerana Engram takut anjing masih berada di dalam sistem otaknya. Engram takut anjing ini juga akan menyebabkan individu dewasa ini takut pada doctor gigi, haiwan bergigi dan anjing menyalak sehingga menjejaskan hidupnya dari segi sosio dan psikologi.
            Secara saintifik, Engram adalah pengalaman hidup yang direkodkan di dalam minda dan disimpan sebagai biofizikal atau biokimia yang boleh diaktifkan dengan ransangan dari luar atau external stimuli.

Thursday, December 20, 2012

Chapter I Part II: ENGRAM the Hidden Secret of Mind Manipulation towards the Mass



 Ketika menjalankan projek MKULTRA, beratus-ratus manusia telah digunakan sebagai bahan eksperimen sekaligus memusnahkan hidup dan fikiran mereka demi untuk bersaing dengan negara lain dalam menjelajah dan menjajah minda manusia. Pertubuan Psikik Jiwa yang melakukan eksperimentasi di bawah projek MKULTRA ini turut dibantu oleh pihak kerajaan dan CIA.
            Selepas Perang Dunia kedua, ramai pakar saintis dari Jerman ditahan di dalam banyak tahanan Russia, Amerika dan British. Pada tahun 1946, Presiden Amerika Syarikat yang ke-33, Mr. Harry S, Truman telah memulakan “Project Paperclip” yang mengunakan saintis tahanan perang untuk projek Kawalan Minda yang dirahsiakan untuk bersaing dengan Russia. Projek ini dijalankan di bawah tugasan rasmi oleh 765 orang saintis dan juruteknik Jerman dan mengorbankan beribu-ribu orang tahanan perang yang dijadikan sebagai bahan eksperimen.
            Pada bulan Disember 1974, di dalam mesyuarat petama National Security Council, Menteri Pertahanan Amerika, James Forrestal telah meluluskan satu ‘peperangan rahsia’ (secret war) dengan Soviet Union. Projek ini telah membuka jalan untuk melancarkan perang psikologi oleh Amerika di Eropah. Sebelum itu pada 1941, Presiden Amerika yang ke-32, Franklin Delano Roosevelt telah meluluskan penciptaan bom atom tanpa pengetahuan Kongres dan juga Timbalan Presiden, Harry S Truman dalam “Manhattan Project”. Ini bermakna, pada sekitar tahun 1948, Amerika Syarikat sudah menjadi pakar global dalam pembuatan bom dan manipulasi minda manusia.
            Pada 1951, Amerika mempelawa Kanada dan Britain menyertai projek CIA di dalam Kawalan Minda dan Hipnotisme. Pada waktu ini, Projek Bluebird telah ditukar nama kepada “Project ARTICHOKE”. Pada 10 Februari 1954 pula, satu lagi dokumen CIA berkenaan eksperimen dan penyelidikan hipnotisme (Hypnotic Exoerimentaton and Research) yang juga telah diklasifikasikan sebagai Bukan Rahsia Rasmi mendedahkan bahawa manusia dapat diarahkan untuk melakukan sesuatu pembunuhan tanpa disedari oleh mereka malah ingatan mereka mengenai pembunuhan tersebut juga akan hilang.
            Walaupun MKULTRA yang ditubuhkan pada 1953 telah ditamatkan secara rasmi pada 1964, pihak CIA memulakan satu lagi projek rahsia Kawalan Minda Hipnotisme diatas nama MKRESEARCH yang berlanjutan sehingga tahun 1970-an. Pihak CIA telah berjaya menyempurnakan penyelidikan Hipnotisme ini dimana seseorang yang berkelakuan normal boleh diubah menjadi ganas hingga sanggup membunuh hanya dengan satu ‘trigger word’ atau kata peransang yang dapat mengaktifkan program Minda Bawah Sedar.