Monday, May 20, 2013

Pencipta Kamera Adalah Orang Islam



Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai umat manusia. Melalui bidikan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar mulai dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa. Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta Jepun. Sehingga, ramai antara kita meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.
Pada zaman sekarang, sebut sahaja kamera, sudah tentu kita akan terbayang tentang kamera jenis DSLR. Inilah yang menjadi kegilaan masyarakat sekarang. Biarpun harganya mencecah ribuan ringgit, ada yang sanggup mengikat perutsemata-mata untuk memenuhi impian hobinya. Persoalannya, siapakah sebenarnya yang menciptakamera ini? Adakah benar pencipta kamera ini sebenarnya adalah orang Islam? Jom baca artikel di bawah ini. Akhbar terkemuka di UK, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 pernah menyiarkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana para perekacipta Muslim mengubah dunia.” Akhbar tersebut menyenaraikan sekitar 20 penemuan penting yang mampu mengubah peradaban umat manusia, salah satunya adalah penciptaan kamera obscura.
Jauh sebelum masyarakat Barat menemukannya, prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim sekitar 1000 tahun lalu. Peletak prinsip kerja kamera itu adalah seorang saintis legenda Muslim bernama Ibnu al-Haitham. Pada akhir abad ke-10 M, al-Haitham berjaya menemui sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling monumental. Penemuan itu dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Kedua-duanya berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura. Penemuan itu berawal ketika kedua mereka mempelajari gerhana matahari. Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang memungkinkan citra matahari semi-nyata ditumpukan melalui permukaan datar.


Kajian ilmu optik berupa kamera obscura itulah yang mendasari fungsi kamera yang ketika ini digunakan umat manusia. Mengikut kamus Webster, fenomena ini secara harfiah diertikan sebagai ”ruang gelap”.Biasanya bentuknya berupa kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah mengilhami penemuan film yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton. “Kamera obscura pertama kali dibuat ilmuwan Muslim, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.
Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, beliau menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap. Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham: First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. “Dia merupakan ilmuwan pertama yang berjaya menumpukan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” papar Bradley.
Istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham kemudiannya diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi, iaitu sekitar 5 abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera). Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera obscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahawa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh modern). Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M.
Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham pelat-pelat foto pertama kali digunakan secara kekal untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Foto kekal pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Perancis pada 1827. Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris ketika Perang Crimean. Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan kamar gelapnya . Tahun 1888,George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.
Peradaban dunia modern tentu sangat terhutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham selama hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semua didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.


Saturday, April 27, 2013

Hijrah


Hijrah dalam Islam mempunyai perlambangan yang tersendiri. Ia adalah perlambangan betapa perlunya kita berpindah kepada yang lebih baik.  Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz kepada Rajak bin Haiwah :
“Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, lalu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).
            Manusia yang normal sentiasa berkehendak kepada perubahan. Berubah kepada yang lebih baik. Sekalipun kadang-kala dalam proses perubahan manusia terpaksa mengalami kesusahan. Persis seperti orang yang berpindah rumah dari yang kecil kepada yang lebih besar, selesa dan baik. Dalam proses pemindahan mungkin ada banyak kesusahan di peringkat awal. Mungkin terpaksa berjimat terlebih dahulu sebelum mampu membeli rumah baru yang besar. Terpaksa mengangkat barang-barang yang berat. Mungkin juga ada barang kesayangan yang terjatuh dan rosak. Terpaksa tinggalkan jiran-jiran lama yang disayangi. Terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan pelbagai lagi.
Namun jika dia tidak pindah, taraf hidupnya tidak berkembang. Anak-anak akan susah hidup dalam rumah yang sempit. Di tempat baru, dia menikmati kemudahan hidup yang lebih selesa dan persekitaran yang lebih nyaman.

            Manusia yang normal sentiasa cuba memastikan hari esok lebih baik dari hari ini. Mengubah persekitaran hidup ke arah yang lebih baik adalah tabiat manusia bertamadun. Hanya yang kita tidak ubah ialah prinsip-prinsip kebenaran yang merentasi masa dan tempat. Pun begitu, cara melaksanakan prinsip-prinsip kebenaran itu juga kadang-kadang berubah. Cara menegakkan keadilan dalam masyarakat berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Pendekatan mencegah kezaliman juga berubah mengikut keadaan masa dan tempat. Namun tanggungjawab menegakkan keadilan dan mencegah kezaliman itu kekal sehingga kiamat.
            Manusia yang enggan berubah dan takut hendak berubah kerana satu risiko yang tidak pasti asas ialah manusia yang dungu. Seseorang yang takut hendak belajar ke peringkat tinggi kerana bimbang dianggap sombong adalah orang yang membodohkan dirinya. Lebih bodoh lagi, jika seseorang yang sanggup hidup dalam keadaan berpenyakit dan bimbang sembuh kerana takut jika terlalu sihat nanti dia akan makan nasi lebih banyak lalu kos hidup akan jadi lebih tinggi. Dia lupa bahawa kos ubat yang dia ambil setiap hari melebihi kos nasi yang mungkin dia tambah jika dia sihat.
            Air yang bertakung akan rosak. Air yang mengalir lebih baik untuk digunakan. Air yang mengalir juga lebih indah bau dan bunyi iramanya. Air yang bertakung kadang-kala ada kegerunan pada bunyi senyapnya itu. 
Kata syair ‘Arab yang disandarkan kepada al-Imam al-Syafii:
‘Seorang yang berakal dan beradab tidak akan kekal berehat di satu tempat. Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah. Bermusafirlah, nescaya engkau dapati ganti orang yang engkau tinggalkan. Berletihanlah, kerana kelazatan hidup pada keletihan (untuk mendapat kebaikan). Aku melihat terhentinya air itu merosakkannya. Jika ia mengalir maka baik, jika ia tidak mengalir tidak baik’.

Ibn Hamdun dalam al-Tazkirah al-Hamduniyyah memetik kata-kata Plato:
“Jangan kamu paksa anak-anak kamu dengan cara kamu kerana mereka diciptakan bukan untuk zaman kamu”.

Friday, April 19, 2013

The Minimalist


Dunia ini seperti satu karya muzik yang kita dengar berdasarkan satu komposisi sebuah lagu.Namun orang yang peka kepada bunyi akan boleh mengasingkan yang mana treble,bass atau midrange,atau boleh mengasingkan bunyi dram,gitar solo atau gitar
bass.Orang yang boleh mengasingkan struktur bunyi seperti ini akan menikmati muzik lebih dari orang mendengar sekadar sebuah lagu.Komunisme adalah musuh kepada Amerika dan kapitalis yang lain.Itu yang dibaca dari dalam buku teks..Namun sebenarnya  Komunisme dicipta untuk tujuan 'mempengaruhi' secara thesis dan antithesis."Dunia ini perlu dilihat secara berlapis", dunia yang kita lihat dalam TV dan mata kasar kita adalah permukaan aisberg dan ia amat kecil berbanding di bawah aisberg itu.Kuasa untuk mengetahui apa yang di bawah aisberg itu adalah PENGETAHUAN.Baca...bacalah...Sebab itu perkataan pertama dalam surah paling pertama yang diturunkan dalam AlQuran ialah "iqra" iaitu "bacalah".Pengetahuan untuk mengetahui apa yang berada di bawah aisberg berbeza dengan pengetahuan untuk mengetahui di mana sebenarnya kita berada.Sebab itu manusia memerlukan agama untuk mengetahui banyak perkara yang di luar pemikiran mereka. Tetapi apa yang di bawah aisberg,boleh dipelajari."Jadilah seorang minimalist.Dunia ini jika dilihat sebagai sebuah minimalisme,kita akan melihat corak-coraknya.Seakan mengasingkan warna-warna dalam sebuah lukisan.

Wednesday, April 10, 2013

Ibnu Ismail Al Jazari – Ilmuwan Muslim Perintis Konsep Robotik Modern



Al Jazari mengembangkan prinsip hidrolik untuk menggerakkan mesin yang kemudian hari dikenal sebagai mesin robot.
”Tak mungkin mengabaikan hasil karya Al-Jazari yang begitu penting. Dalam bukunya, ia begitu terperinci memaparkan arahan untuk mereka cipta, merakit, dan membuat sebuah mesin” (Donald Hill).
Kenyataan di atas merupakan ulasan Donald Hill, seorang ahli teknikal Inggris yang tertarik dengan sejarah teknologi, atas buku karya ahli teknikal Muslim yang ternama, Al-Jazari. Al Jazari merupakan seorang tokoh besar di bidang mekanikal dan industri. Dilaahirkan di  Al Jazira, yang terletak diantara utara Iraq dan timur laut Syria, iaitu diantara Sungai tigris dan Efrat. Al-Jazari merupakan ahli teknikal  yang luar biasa pada zamannya. Nama lengkapnya adalah Badi Al-Zaman Abullezz Ibn Alrazz Al-Jazari. Dia tinggal di Diyar Bakir, Turki, pada abad ke-12.  Ibnu Ismail Ibnu Al-Razzaz al-Jazari mendapat jolokan sebagai Bapa Modern Engineering kerana penemuan-penemuannya yang banyak mempengaruhi rancangan mesin-mesin modern pada masa kini, diantaranya combustion engine, crankshaft, suction pump, programmable automation, dan banyak lagi.
Beliau digelar Al-Jazari kerana di lahirkan di Al-Jazira, sebuah wilayah yang terletak di antara Tigris dan Efrat, Iraq. Seperti ayahnya beliau berkhidmat dengan raja-raja Urtuq atau Artuqid di Diyar Bakir dari 1174 sampai 1200 sebagai ahli teknikal. Donald Routledge dalam bukunya Studies in Medieval Islamic Technology, mengatakan bahwa hingga zaman moden ini, tidak satupun dari suatu kebudayaan yang dapat menandingi lengkapnya instruksi untuk merancang, memproduksi dan menyusun berbagai mesin sebagaimana yang disusun olehAl-Jazari. Pada 1206 ia menghasilkan sebuah karya dalam bentuk buku yang berkaitan dengan dunia teknikal. Beliau mendokumentasikan lebih dari 50 karyanya, lengkap dengan perincian gambar-gambarnya dalam buku, “al-Jami Bain al-Ilm Wal ‘Aml al-Nafi Fi Sinat ‘at al-Hiyal” (The Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices). Bukunya ini adalah mengenai teori dan praktikal mekanikal. Karyanya ini sangat berlainan dengan karya ilmuwan lainnya, kerana lengkap dengan piawainya  Al-Jazari memaparkan secara lengkap hal yang terkait dengan mekanikal dan merupakan sumbangan yang sangat berharga dalam sejarah teknikal.
Keunggulan buku tersebut dikagumi oleh ahli teknikal Inggris, Donald Hill (1974). Donald menyatakan bahawa begitu pentingnya karya Al-Jazari tersebut dalam sejarah  kerana katanya, dalam buku Al-Jazari, terdapat instruksi untuk merancang, merakit, dan membuat mesin. Pada tahun yang sama juga 1206, al-Jazari membuat jam gajah yang bekerja dengan tenaga air dan pemberat untuk menggerakkannya secara automatik sistem mekanikal, yang dalam interval tertentu akan memberikan suara simbal dan burung berkicau. Prinsip humanoid automation inilah yang mengilhami pengembangan robot masa sekarang. Kini replika jam gajah tersebut disusun kembali oleh London Science Museum, sebagai bentuk penghargaan atas karya besarnya.
Pada acara World of Islam Festival yang diadakan di England pada 1976, banyak orang yang kagum dengan hasil karya Al-Jazari kerana Science Museum  merekonstruksi kerja gemilang Al-Jazari, yaitu jam air. Minat yang mendalam Donald Hill terhadap karya Al-Jazari memberinya dorongan untuk menerjemahkan karya Al-Jazari pada 1974, atau 668 tahun setelah pengarangnya menyelesaikan karyanya. Tulisan Al-Jazari juga dianggap unik kerana memberikan gambaran yang begitu terperinci dan jelas manakala ahli teknikal lainnya lebih banyak mengetahui teori saja atau mereka menyembunyikan pengetahuannya dari orang lain. Bahkan ia juga menggambarkan metode rekonstruksi peralatan yang beliau cipta.
Karyanya juga dianggap sebagai sebuah manuskrip terkenal di dunia, yang dianggap sebagai teks penting untuk mempelajari sejarah teknologi. Isinya diilustrasikan dengan miniatur yang menakjubkan. Hasil kerjanya ini kerap menarik perhatian dari dunia Barat. Karyanya yang genius, ilmuwan dan ahli teknikal Muslim ini telah membawa masyarakat Islam pada abad ke-12 pada kejayaan. Ia hidup dan bekerja di Mesopotamia selama 25 tahun. Beliau berkhidmatdi istana Artuqid, pada zaman itu di bawah naungan Sultan Nasir al-Din Mahmoud. Al-Jazari memberikan sumbangan yang pentng bagi dunia ilmu dan masyarakat. 




Sunday, February 3, 2013

Chapter II Part 3: Break the barrier within thou mind – the Battle of Mind


Apakah cara paling halus dan mudah untuk menakluk dan membantutkan kekuatan minda umat islam di zaman internet dan era maklumat ini? Kita telah melihat konsep Engram yang digunakan sejak 500 tahun oleh penjajah sehinggalah ke cara Manipulasi Minda Bawah Sedar untuk menjatuhkan Empayar Melayu Islam Nusantara.Di zaman ini bukan lagi peperangan kasar seperti di Iraq atau Palestin yang dapat meruntuhkan satu tamadun atau bangsa. Kini cara yang paling halus, selamat dan paling berkesan untuk menjajah adalah peperangan minda atau “Battle of the Mind”.
                 Cuba lihat projek ‘Brainwash’ dan ‘Persuasion’ atau rayuan halus yang dilakukan melalui media massa tempatan. Mereka yang sudah dikawal mindanya akan menyangkal dengan keras dan menafikan yang mereka sudah terperangkap. Pemimpin – pemimpin yang terlibat menyuarakan pelbagai propaganda mengenai masa depan negara, huru-hara yang akan berlaku, isu-isu perkauman dan isu keagamaan demi menakut-nakutkan masyarakat demi untuk  mematahkan kebangkitan islam.
                Kaedah ini bertujuan untuk melemahkan semangat dan kekuatan minda masyarakat dengan memberikan gambaran situasi yang agak negatif. Cuba ambil beberapa saat dan imbas kembali satu kejadian sedih dalam hidup anda. Anda mungkin boleh terhenti dari membaca artikel ini seketika dan terkenang kembali peristiwa pahit itu. Apabila anda mengimbas satu kejadian pahit, pada ketika itu anda akan mengalami suatu ‘perasaan’. Pastikan di manakah ‘perasaan’ itu timbul? Apakah ‘perasaan’ itu? Apa warna ‘perasaan’ itu?Apakah bentuk atau rupa ‘perasaan’ itu?
                Sekiranya anda melakukan dengan betul, anda akan mengalami satu perasaan yang mempunyai  bentuk,rasa, warna dan bau. Itu adalah Engram Sedih yang mula diaktifkan. Ambil pula beberapa saat dan bayangkan pula masa depan yang tidak terjamin. Perasaan yang sama akan bangkit di dalam diri anda. Ini merupakan Engram Takut yang mula di aktifkan.
                Apakah cara yang paling mudah untuk memecahkan keyakinan dan kekuatan minda?Anda mungkin meneka jawpan yang betul ialah membangkitkan Engram Takut dan Engram Sedih. Kedua-dua Engram ini telah begitu banyak ditanam di dalam jiwa kita sejak pendaratan Portugis di Melaka 501 tahun yang lalu. Segala kehebatan ilmu batin, ilmu kebal dan teknik permainan senjata pedang dan keris kalah pada meriam dan peluru senapang patah yang datang bertubi-tubi??? Itulah penipuan yang telah di “set” ke dalam minda kita dan nenek moyang kita? Apakah langkah dan kaedah memanipulasi minda yang harus kita kenal supaya kita berjaga-jaga sebelum jatuh tegelincir lebih jauh lagi ke dalam jerat manis penjajah melalui pemimpin boneka mereka?

Carta sinoptik mesej bawah sedar di pelbagai media
Peringkat pertama             
mengambarkan situasi negatif yang menakutkan

Peringkat kedua       
Membiuskan perasaan takut yang muncul dan memberi gambaran yang indah mengenai mesej mereka.   Apabila sekumpulan manusia lebih dari 100 orang berhimpun, akan berlakulah satu nada pada getaran alam. Denyutan   jantung manusia iaitu lebih kurang 70-80 denyutan seminit daripada kumpulan manusia itu akan membuka pintu-pintu minda   untuk meresap mesej yang disampaikan terus ke Minda Bawah Sedar. Pada ketika ini minda akan menerima mesej 25 kali   ganda lebih berkesan daripada yang diberikan tika anda berseorangan. Proses ini dinamakan “Entrainment”

Peringkat ketiga       
 Untuk menjadikan mesej yang ingin disampaikan ini di serap pada Minda Bawah Sedar dengan lebih berkesan, muzik akan  didendangkan  sebelum program dimulakan. Teknik ini dinamakan “Alpha Mind  Manipulation”.

Peringkat keempat 
 Pada peringkat ini, perkataan-perkataan permainan minda yang wajib “trigger words” akan ditekankan. Suara akan  disalurkan pada kadar 45-60  bpm. Sama seperti peguam-peguam menekankan perkataan serta ayat yang penting untuk  mempengaruhi hakim atau panel juri di dalam perbicaraan. Teknik ini dipanggil Voice Roll.

Peringkat kelima          
 Pelbagai teknik digunakan untuk mempengaruhi minda penonton untuk menerima mesej. Pada tahap ini, gambaran   negatif seperti faktor ekonomi, persekitaran sosial, senario politik dan sebagainya akan dipaparkan untuk membangkitkan lagi Engram Sedih dan Engram Takut serta menaikkan tekanan darah. Teknik ini dinamakan  "Indoctrination”. 

Peringkat keenam         
Memaparkan pula situasi atau gambaran positif mesej yang dibawanya.Ini dinamakan “Psychological Manipulation”.


Peringkat ketujuh 
Sistem audio dan pencahayaan digunakan untuk melembutkan percanggahan pendapat antara pendengar sekiranya tidak serasi dengan mesej yang telah disampaikan. Ini dinamakan sebagai “Resistance Control”.

Friday, January 18, 2013

Mirror inside Mirror Chapter lll Part 1


Apakah 'self-esteem' ? Self-esteem ni adalah satu perasaan yang kita rasai tentang diri kita,atau konsep diri kita yang kita rasai atau fahami. Lebih jauh lagi,self-esteem inilah yang membantu seseorang bagaimana dia mahu menerangkan keadaan dirinya. Emosinya,pemikirannya,situasi dirinya. Self-esteem juga berkisar tentang maruah dan jatidiri merupakan kesan (extension) dari self-esteem. Contoh paling mudah untuk menerangkan tentang self-esteem ialah apabila kita menerangkan tentang diri masing-masing. “KEPERCAYAAN KITA TENTANG DIRI KITA”.
            Self-esteem penting untuk membangkitkan motivasi dan semangat berjuang. Orang akan jatuh semangat apabila dirosakkan self-esteemnya atau direndah-rendahkan (downgrade). Mana - mana bangsa yang pernah dibawah imperialisme mempunyai masalah self-esteem. Sesetengah dari mereka memandang tinggi orang Barat. Orang Barat digambarkan sebagai berkebolehan tinggi, segak, tepat semua tindakan, bijak dan berkemahiran. Ini lahir dari pembacaan sejarah yang melebih-lebihkan isu penjajahan. Jadi produk yang terhasil adalah minda terjajah. Terdapat dua kategori,pertama mereka yang kurang mendapat pendidikan,memandang tinggi orang Barat seolah-olah genius dan hebat. Kedua, mereka yang mendapat pendidikan,tapi tetap memandang orang Barat sebagai genius dan hebat dan memandang rendah bangsa sendiri dan Islam.
            Golongan kedua adalah parasit yang perlu 'disekolahkan'. Golongan kedua adalah wannabe tahap berat yang bangga dengan orang luar dan motived diri sendiri bahawa bangsa sendiri dan Islam adalah di bawah tahap. Kemudian dia setkan pemikiran orang lain bahawa bangsa sendiri dan Islam adalah  'low-level'. Mereka tiada self-esteem walau nampak 'educated'. Pandangan dan pemikiran mereka adalah pesimis.
            Untuk menjadi bangsa yang berani dan tabah, kita perlukan orang-orang yang kuat self-esteem. Jepun, yang hancur semasa Perang Dunia Kedua, memiliki orang-orang yang kuat self-esteem mereka. Pemikiran mereka jika Barat boleh buat itu dan ini, mereka pun boleh! Dan mereka berjaya. Lihat Filipina, rakyat mereka bijak-bijak. Bahasa Inggeris mereka bagus. Jurutera-jurutera mereka banyak berkerja di industri-industri termasuk di negara kita. Tetapi negara mereka mundur. Mereka tiada budaya dan self-esteem mereka hancur masa penjajahan Sepanyol dan Amerika. Dan mereka jadi 'wannabe' kepada kebudayaan Latin dan Barat.
            Self-esteem PERCAYA KEPADA KEMAMPUAN DIRI SENDIRI. Salah satu booster untuk mencapai self-esteem ialah melalui sejarah. Sebab itu jika anda belajar taktik ketenteraan, ada strategi untuk melemahkan musuh dengan satu teknik perang saraf, iaitu memusnahkan sejarah pihak yang kalah. Tujuan? Untuk HANCURKAN SELF-ESTEEM. Kita selalu dengar,apabila sesuatu negara melanggar negara lain, mereka akan membakar perpustakaan dan khazanah negara. Memusnahkan sejarah negara lain atau sesuatu bangsa akan melemahkan jatidiri dan semangat mereka.Tujuan? Supaya lemah untuk bangkit memberontak. Setiap 'uprising' mesti ada modal untuk buat 'battlecry'. Inspirasi untuk naik. Sejarah sesuatu bangsa adalah modal yang 'intangible' untuk pacu mereka supaya mara ke depan. Ahli sejarah pada zaman dahulu ibarat pegawai istana. Di dalam istana Maharaja China, memang ada penulis rekod dan sarjana sejarah yang akan buat riwayat (chronicles) pada satu-satu dinasti. Budaya Rom,memang kaya dengan ahli sejarah seperti Josephus.
             Sebab itu saya benci sikap orang yang melihat pesimis terhadap kemampuan bangsanya sendiri. Mereka pandang rendah bangsanya sendiri lebih-lebih lagi yang profesion mereka lebih rendah pada pandangan orang pesimis ini. Jika dia engineer, dia akan pandang rendah anak bangsanya yang kerja buruh kasar. Kalau dia kerja pejabat, dia akan pandang rendah makcik cleaner. Pemikiran dia dah set bahawa bangsa dia tetap 'low-level' sampai bila-bila.Ini yang terjadi kepada Filipina dan Kemboja sebagai contoh “No self-esteem, No confident”.
             Sebagai contoh,seseorang yang mengadu sakit itu dan sakit ini, walhal doktor meyakinkan dia bahawa dia sihat. Ini samalah dengan orang yang CACAT SELF-ESTEEM ini. Walaupun diyakinkan kemampuan anak bangsanya, dia TETAP PESIMIS. Kita kena ada orang yang walaupun dia berpendidikan tinggi dan bergaul dengan masyarakat antarabangsa, namun dia manfaatkan status dia untuk bawa secebis ilmu yang bermanfaat untuk bangunkan masyarakat islam. Kemudian bagi kata-kata semangat kepada mereka, berfikiran positif dan optimis.