Wednesday, July 9, 2014

Briged Izzuddin al-Qassam

Kewujudan para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam secara ketenteraan di bumi Gaza dan Tebing Barat bukanlah satu yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang merupakan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan depan yang akan mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel selama ini.
“Briged Izzuddin al-Qassam” atau lebih dikenali sebagai al-Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984.
Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged al-Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.
Namun masyarakat umum termasuk Israel juga amat mengetahui bahawa Briged al Qassam adalah satu pergerakan ketenteraan yang bekerja dengan kerahsiaan yang kuat dan mampu membuat pelbagai kejutan. . Mereka mempunyai ahli battalion yang terlatih seramai kira-kira 25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda yang berumur antara 18-30 tahun. 

Objektif Penubuhan al Qassam

Objektif  utama penubuhan al Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggung-jawab untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel
Briged al Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.

Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah :
·         Gigih berpegang dengan ajaran Islam
·         Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
·         Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah
·         Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin
·         Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
·         Mencintai dan bersedia untuk syahid

Briged ini juga mempunyai skuad wanita walaupun mereka tidak berada di barisan depan ketenteraan. Pernah sekali tentera al Qassam yang berpakaian lengkap ketenteraan dikepung oleh tentera Israel di dalam sebuah masjid, mereka telah menghantar tentera wanita yang tidak berpakaian seragam pada ketika itu untuk masuk ke masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terkepung, Tentera al Qassam ini kemudiannya berjaya keluar dengan berlakon sebagai orang-orang awam. Walau pun Briged al Qassam kehilangan tiga anggota wanitanya dalam operasi tersebut tetapi mereka tetap berjaya kerana ramai di kalangan anggota utamanya yang dapat diselamatkan.

Briged al Qassam ini juga sangat terkenal dengan “roket artileri al-Qassam” yang merupakan roket buatan sendiri. Roket ini sering membawa kemusnahan musuh di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat penjajah Israel. Mereka adalah generasi pemuda perindu syahid yang begitu digeruni oleh pasukan tentera penjajah Israel yang berjumlah seramai 720,000 orang yang turut mempunyai pelbagai  kelengkapan teknologi ketenteraan yang canggih Pemuda Briged Al-Qassam melakukan sujud syukur setiap kali pulang daripada bertempur dengan tentera Israel.

Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
1-diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2-melihat tempatnya di dalam surga
3-dilindungi dari azab kubur
4-terjamin keamanannya dari malapetaka besar
5-merasakan kemanisan iman,
6-dikahwinkan dengan bidadari,
7-dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)



Monday, October 7, 2013

Islam sebagai gerakan pembebasan

Agama sering dilihat sebagai nadi dalam kehidupan masyarakat sejak zaman berzaman dalam meneruskan proses kelangsungan hidup. Dari dahulu lagi, masyarakat primitif memuja-muja semangat pokok, batu, kayu, menyembah matahari bagi “melindungi” populasi mereka dari pelbagai bencana alam yang mengancam kehidupan mereka. Tidak kurang juga yang menyembah semangat padi bagi meningkatkan hasil-hasil tanaman mereka.
      Di zaman pasca-industrial ini, di mana strata sosialnya semakin jelas kelihatan, dengan peratusan kecil populasi elit yang semakin kaya dan giat mengumpulkan kekayaannya, tertinggal sejumlah besar golongan kelas menengah dan miskin yang bergasak dan bekerja hari demi hari bagi mencari sesuap nasi demi meneruskan hidup. Justeru,fokus terhadap agama (dalam konteks artikel ini, Islam) menjadi kurang kerana keperluan hidup yang semakin mendesak berikutan keadaan ekonomi yang tidak menentu menyebabkan agama tidak mempunyai ruang untuk difikirkan dan dihayati maknanya.
     Penghayatan sempit kalaupun ada, masa-masa terluang yang berbaki hanya diisi dengan solat berjemaah di masjid, zikir-zikir harian, bacaan Quran dan segala macam ritual yang berkaitan dengan spiritual. Kuliah-kuliah agama, motivasi-motivasi pula selalunya berbentuk bagaimana mengurus masa, menjadi muslim professional, menjadi ibu bapa yang baik, menjadi insan yang sabar dan bersyukur, dan segala macam kursus-kursus dan forum mengenai membentuk akhlak insani yang syumul.
     Bagi remaja pula, forum-forum cinta Islamik pula menjadi tarikan dimana-mana dengan memberikan ceritera-ceritera kemanisan bercinta masa belajar, diselitkan adegan-adegan manja para agamawan-agamawan populis yang menceritakan pengalaman berkahwinnya semasa berlajar. Yang menghairankan,begitu kurangnya kuliah-kuliah agama, forum-forum yang berbentuk menentang penindasan dan kezaliman: keadaan sosio-ekonomi yang membimbangkan, kebanjiran orang-orang tidak berumah, rakyat-rakyat miskin di jalanan, kebejatan sosial yang semakin parah hasil pembahagian ekonomi yang tidak sekata dan segala macam sisi gelap kapitalis-kapitalis besar yang mengaut keuntungan besar dengan meminggirkan sebahagian besar masyarakat majoriti yang terdesak.
     Saya bertanya kepada diri sendiri, apakah Islam itu agama yang mengajar perkara yang indah-indah seperti pahala, beramal soleh, mendapatkan syurga, bidadari, cinta Islamik yang membahagiakan sahaja? Ataupun Islam hanya agama yang mengajar tentang ancaman-ancaman neraka, siapa yang termasuk golongan kafir, meredah kelab-kelab malam, menerjah penzina-penzina di dalam hotel-hotel semata? Ataupun Islam hanya agama yang mengajar motivasi-motivasi bagaimana menjadi muslim berakhlak mulia, menjadi anak soleh, menjadi ibu bapa contoh, menjadi usahawan cemerlang, menjadi qari-qariah dan membuat lebih banyak pertandingan-pertandingan tilawah, tahfiz Quran semata?

Islam dan pembebasan

     Ashgar Ali (1990) dalam bukunya “Islam dan Teologi Pembebasan” membahaskan banyak perkara-perkara penting yang seharusnya menjadi rujukan dan pelajaran bagi mengubah persepsi kita terhadap bagaimana agama Islam seharusnya dianggap dan difikirkan. Beliau berpendapat, Islam seharusnya bersifat membebaskan manusia dari kezaliman dan penindasan, membela dan melindungi  golongan- golongan “mustadh`afin” (yang lemah) dan menentang golongan-golongan “mustakbirin” (yang kuat dan sombong) . Islam seharusnya membawa keadilan Tuhan kepada masyarakat dan membebaskan mereka dari keadaan hidup yang tertindas.

Terlalu banyak ayat-ayat Al-Quran yang mengajak manusia menegakkan keadilan dalam masyarakat antaranya Surah An-Nisa , 4 :75  yang bermaksud:

"Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)".

Allah juga berfirman :
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Ashgar juga memetik pendapat Nawab Haider Naqvi (1981), pakar ekonomi Pakistan di dalam bukunya “Ethics and Economics- An Islamic Synthesis” yang mengatakan bahawa “….keadilan sosial dalam Islam berakar pada tauhid. Sebenarnya, keyakinan kepada Tuhan itu secara otomatis mempunyai konsekuensi untuk menciptakan keadilan. Salah satu tidak akan ada tanpa yang satunya….”.

     Jika dilihat pada penurunan Rasul-Rasul ke muka bumi bertujuan membuat satu gerakan mencabar status quo yang menindas dan menzalimi rakyatnya:
  • Nabi Musa A.S diturunkan membantu kaum Israel yang tertindas melawan regim zalim Firaun.
  • Nabi Isa A.S diturunkan bagi membantu yahudi menentang regim zalim Rom
  • Nabi Muhammad (SAW)  juga membina gerakan menentang pembesar-pembesar Quraiysh yang sombong dan menindas fakir miskin dan mengumpulkan kekayaan berlipat ganda .


     Di dalam buku “Speeches that Changed the World “, diterbitkan pada tahun 2005, menghimpunkan lebih 50 ucapan-ucapan penting dari orang ternama dan revolusiner yang memberi impak dan mencorakkan peristiwa-peristiwa agung dunia. Tidak hairan lagi, 3 tokoh pertama yang dimuatkan ialah ucapan dari Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad a.s yang ketiga-tiganya mempunyai asas perjuangan yang sama, yakni membebaskan manusia dari dizalimi dan menjadi hamba kepada manusia lain kepada hanya menjadi hamba kepada Tuhan yang satu dan berpegang hanya kepada kedaulatanNya.

     Raif Khoury (1979), seorang Marxist dari Lebanon , di dalam bukunya “Marxisme and the Muslim World” menyatakan makna penting disebalik laungan takbir yang sering kita dengari tapi tidak dihayati dalam erti kata yang sebenar. Beliau menyebut :
Betapa sering kita mendengar suara azan dari menara di kota-kota Arab yang abadi ini.Allahuakbar! Allahuakbar! Betapa sering kita membaca atau mendengar Bilal, seorang keturunan Abyssinian, mengumandangkan azan untuk pertama kalinya sehingga menggema di jazirah Arab….Namun apakah kalian sudah merenungkan apa yang dimaksud dan apa isi dari panggilan itu? Apakah setiap mendengarkan panggilan suci itu , kamu ingat bahawa Allahu Akbar bermakna (dalam bahasa yang tegas): berilah saksi kepada para lintah darat yang tamak itu! Tariklah pajak dari mereka yang menumpuk-numpuk kekayaan! Sitalah kekayaan para tukang monopoli yang mendapatkan kekayaan dengan cara mencuri! Sediakan lah makanan untuk rakyak banyak! Bukalah pintu pendidikan lebar-lebar dan majukan kaum wanita! Hancurkan cecunguk-cecunguk yang membodohkan dan memecah-belahkan umat! Carilah ilmu sampai ke negeri Cina (bukan hanya cina zaman dahulu, namun juga sekarang). Berikan kebebasan, bentuklah majlis syura yang mandiri dan biarkan demokrasi yang sebenar-benarnya bersinar!”

Matlamat Asas Islam

     Begitu jelas dan tegas pernyataan ini yang saya kira wajar kita ambil sebenar-benar perhatian setiap kali azan dilaungkan. Islam agama yang memecahkan strata sosial yang menindas. Islam agama yang memberi ruang pendidikan yang mencukupi. Islam agama yang menjanjikan keadilan sejagat yang buta kaum, warna kulit ,status mahupun agama lain.

     Islam bukan sekadar agama rohani berbentuk ritual-ritual keagamaan semata, malah suatu gerakan yang mencabar status quo yang zalim dan memacakkan keadilan Tuhan melalui pesan-pesan dan firmannya, bukan sekadar mengambil dan memetik Quran dan Hadith bagi meredakan kesakitan dan keperitan masyarat tertindas seperti candu yang menjadikan mereka pasif terhadap kezaliman. Petikan ini jelas menunjukkan peranan yang sepatutnya diambil oleh muslim dengan menjadikan Islam sebagai ruang membentuk aspirasi kearah pembangunan manusia melalui perjuangan keadilan sosial dan bukan hanya berfalsafah dan berintelektual sehingga melangit dan tidak mampu membawa mesej yang jelas dan merakyat.

     Agamawan-agamawan seharusnya mengambil tanggungjawab ini memimpin umat dan mengerakkan wahyu-wahyu Tuhan dalam membela masyarakat tertindas dan terkebelakang, dan bukan hanya menjadi duta-duta produk , membuat kem-kem motivasi dan mengumpul kekayaan dan secara ironis menggunakan ayat-ayat Tuhan menyuruh mereka bersabar dengan kesusahan dan penindasan.

     Akhir kata, marilah sama-sama membina kesedaran dan menggerakkan umat akan tuntutan sebenar wahyu Tuhan dan apakah makna sebenar kehidupan beragama. Pesan-pesan nabi-nabi dan rasul-rasul perlu kita jadikan slogan perjuangan yang berterusan dan menghidupkan jiwa-jiwa yang dalam kelalaian dan bangkit berubah dari keadaaan kesusahan mereka.



Wednesday, August 21, 2013

Faith in the voice box



Setelah pembantaian di Mesir, masihkah Muslim percaya kepada kotak suara? Pertanyaan ini harus sering kita ulangi dan sosialisasikan ke seluruh umat Islam, agar mereka dapat mengambil iktibar darinya.

Setelah pembantaian di Mesir, masihkah Muslim percaya kotak suara? Mengapa umat Islam begitu mudah tertipu berkali-kali oleh demokrasi? Demokrasi, sistem kenegaraan buatan manusia (man made) yang dapat membuat pelakunya syirik, bahkan murtad ini terus saja meracuni umat Islam, hingga mabuk kepayang dan tidak sedar bahawa dirinya, umatnya, telah dirosakkan oleh syirik demokrasi.


Kemenangan melalui parlimen syirik demokrasi kadang-kala melenakan dan membutakan hati umat Islam dan berharap melalui manhaj (jalan) “kotak ajaib” atau kotak suara tersebut syariat Islam dapat diterapkan secara sempurna, dan kemudian kehidupan pun menjadi lebih baik. Padahal, hal tersebut tidak pernah terbukti sama sekali.



Demokrasi, Sumber Dari Seluruh Bencana

Saat ini, orang-orang yang masih tertipu dengan sistem syirik demokrasi menganggap demokari adalah sebuah pencerahan peradaban dan sebuah jalan hidup, sehingga semua orang berjuang untuk menerapkannya. Orang-orang pada umumnya melihat demokrasi sebagai jalan yang terdepan untuk kemajuan dan perkembangan, Negara-negara besar seperti AS dan UK (Inggris) menjadi contoh akan hal ini; jika kita melihat lebih dekat lagi apa saja yang ditawarkan oleh demokrasi, peradaban mereka dan pencerahan yang dimaksudkan maka semuanya ini akan menjadi jelas, yakni demokrasi adalah sumber dari seluruh bencana yang terjadi di dunia ini.

Dalam seluruh aspek kehidupan, baik aqidah, sosial masyarakat, ekonomi, politik, hal ehwal masyarakat, pendidikan, hukum, semuanya rosak akibat penerapan sistem syirik demokrasi hasil oleh fikir manusia. Kita dapat menemui dengan mudah, di negara manapun saat ini, yang menerapkan sistem syirik demokrasi, dimana dalam sistem tersebut manusia telah memegang kedaulatan, membuat hak untuk menghukumi dan menentukan jalan hidup mereka dan terbebas dari petunjuk Tuhan, maka penyimpangan ini dan degradasi (kemunduran) akan segera terwujud.

Syariat Islam Tidak Boleh Diterapkan Melalui Sistem Syirik Demokrasi

Lihatlah sejarah, lihatlah yang telah terjadi pada umat Islam ketika menerapkan sistem syirik demokrasi, apakah mereka berhasil merealisasikan cita-cita mereka untuk menerapkan syariat Islam secara sempurna ?

Kemenangan FIS (Front Islamigue de Salute) dalam pilihanraya di Al Jazair pada awal Januari 1992, dibatalkan oleh rejim tentera negara tersebut. Peristiwa ini menjadi bukti paling monumental kegagalan demokrasi. Amerika yang dianggap sebagai negara peneraju demokrasi terbukti terlibat dalam peristiwa ini. Jabatan Pertahanan AS membenarkan tindakan rejim tentera Aljazair dan para diplomatnya secara pribadi setuju bahwa kemenangan FIS yang dianggap sebagai puak Islam fundamentalis akan menimbulkan kesan anti Barat dan dapat menimbulkan anjakan yang luas di negara-negara lain.

Menlu AS di masa itu, James Baker lebih jelas lagi menyatakan ketidakinginannya melihat hasil pilihanraya di Aljazair, disebabkan oleh FIS di matanya adalah sebuah gerakan Islam fundamentalis radikal yang benar-benar anti Barat, anti nilai-nilai demokrasi, pasaran bebas, dan prinsip-prinsip serta nilai-nilai Barat. Dia mengatakan:

“Kita tidak boleh hidup dengan gerakan itu (fundamentalis radikal) di Aljazair. Sebab, kita merasakan bahawa pandangan-pandangan fundamentalis radikal bertentangan dengan apa yang kita yakini dan kita dukung serta bertentangan dengan kepentingan nasional AS”

Jadi, siapapun atau negara manapun yang ingin menerapkan sistem syirik demokrasi maka harus bersesuaian dengan kepentingan nasional AS. Demikianlah yang akhirnya terjadi pada beberapa negara Muslim yang cuba mengikut jejak langkah menerapkan Islam melalui sistem syirik demokrasi, seperti Turki, Palestina, dan Mesir baru-baru ini.

Dijangkakan, negara-negara dan para pemimpinnya, seperti Erdogan, Abbas, dan juga Morsi akan diperkotak-katikkan oleh AS dan sekutu-sekutunya dalam aturan permainan dan keinginan mereka, seperti membela kepentingan rejim Zionis Israel. Jadi, jangan harapkan dari negara seperti Turki, Palestina, dan juga Mesir, yang menang atau berkuasa melalui jalan parlimen syirik demokrasi akan menerapkan syariat Islam secara sempurna. Hal itu tidak akan pernah mungkin terjadi! Tidak akan pernah!

Kembalilah Ke Islam!

Allah SWT., telah memuliakan umat Muslim disebabkan mereka telah mengikrarkan kalimat syahadat dan mengimaninya, yang secara alami berkonsekuensi menyesuaikan kehidupannya dengan syahadat tadi. Satu-satunya syariah yang sempurna dan jalan hidup yang hebat hanya satu yaitu agama Allah (Islam), tidak satupun dari syariah Islam yang dirancang dari pemikiran manusia yang didasarkan atas hawa nafsu dan keinginan mereka. Sesungguhnya orang-orang kafir berada dalam kesesatan apabila yang mereka imani dan jalan hidupnya akan menyebabkan mereka menjadi ahli neraka serta tinggal di dalamnya.

Lalu mengapa kita merasa selesa untuk mengikuti mereka dan hidup seperti mereka? Tidakkah kita telah memiliki petunjuk yang benar dari Allah tentang bagaimana jalan hidup kita (cara menempuh kehidupan kita)? Demokrasi dan semua yang berasal darinya adalah terkebelakang (jahiliyah) dan sesat, sesuatu yang jelas-jelas ditolak oleh Islam. Maka dari itu, tinggalkan jauh-jauh sistem syirik demokrasi dan kembalilah hanya kepada jalan Islam. Allahu Akbar!

”Allah pelindung orang-orang yang beriman: Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (Iman). Dan orang-orang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka: mereka kekal di dalamnya.” (QS. Al Baqarah, 2:257)

Jadi, setelah pembantaian di Mesir, masihkah Muslim percaya kotak suara?

Monday, May 20, 2013

Pencipta Kamera Adalah Orang Islam



Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai umat manusia. Melalui bidikan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar mulai dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa. Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta Jepun. Sehingga, ramai antara kita meyakini kamera berasal dari peradaban Barat.
Pada zaman sekarang, sebut sahaja kamera, sudah tentu kita akan terbayang tentang kamera jenis DSLR. Inilah yang menjadi kegilaan masyarakat sekarang. Biarpun harganya mencecah ribuan ringgit, ada yang sanggup mengikat perutsemata-mata untuk memenuhi impian hobinya. Persoalannya, siapakah sebenarnya yang menciptakamera ini? Adakah benar pencipta kamera ini sebenarnya adalah orang Islam? Jom baca artikel di bawah ini. Akhbar terkemuka di UK, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 pernah menyiarkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana para perekacipta Muslim mengubah dunia.” Akhbar tersebut menyenaraikan sekitar 20 penemuan penting yang mampu mengubah peradaban umat manusia, salah satunya adalah penciptaan kamera obscura.
Jauh sebelum masyarakat Barat menemukannya, prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim sekitar 1000 tahun lalu. Peletak prinsip kerja kamera itu adalah seorang saintis legenda Muslim bernama Ibnu al-Haitham. Pada akhir abad ke-10 M, al-Haitham berjaya menemui sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling monumental. Penemuan itu dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Kedua-duanya berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura. Penemuan itu berawal ketika kedua mereka mempelajari gerhana matahari. Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang memungkinkan citra matahari semi-nyata ditumpukan melalui permukaan datar.


Kajian ilmu optik berupa kamera obscura itulah yang mendasari fungsi kamera yang ketika ini digunakan umat manusia. Mengikut kamus Webster, fenomena ini secara harfiah diertikan sebagai ”ruang gelap”.Biasanya bentuknya berupa kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya. Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah mengilhami penemuan film yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton. “Kamera obscura pertama kali dibuat ilmuwan Muslim, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.
Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, beliau menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap. Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham: First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. “Dia merupakan ilmuwan pertama yang berjaya menumpukan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” papar Bradley.
Istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham kemudiannya diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi, iaitu sekitar 5 abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera). Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera obscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahawa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh modern). Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M.
Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham pelat-pelat foto pertama kali digunakan secara kekal untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Foto kekal pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Perancis pada 1827. Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris ketika Perang Crimean. Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan kamar gelapnya . Tahun 1888,George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi.
Peradaban dunia modern tentu sangat terhutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham selama hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah. Semua didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.


Saturday, April 27, 2013

Hijrah


Hijrah dalam Islam mempunyai perlambangan yang tersendiri. Ia adalah perlambangan betapa perlunya kita berpindah kepada yang lebih baik.  Kata ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz kepada Rajak bin Haiwah :
“Wahai Rajak, sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Wahai Rajak! Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah, lalu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga, aku harap aku dapat menjadi penghuninya”. (lihat: Salah al-Khalidi, Al-Khittah al-Barraqah lizi al-Nafs al-Tauwaqah, 93-94, Damsyik: Dar al-Qalam).
            Manusia yang normal sentiasa berkehendak kepada perubahan. Berubah kepada yang lebih baik. Sekalipun kadang-kala dalam proses perubahan manusia terpaksa mengalami kesusahan. Persis seperti orang yang berpindah rumah dari yang kecil kepada yang lebih besar, selesa dan baik. Dalam proses pemindahan mungkin ada banyak kesusahan di peringkat awal. Mungkin terpaksa berjimat terlebih dahulu sebelum mampu membeli rumah baru yang besar. Terpaksa mengangkat barang-barang yang berat. Mungkin juga ada barang kesayangan yang terjatuh dan rosak. Terpaksa tinggalkan jiran-jiran lama yang disayangi. Terpaksa menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan pelbagai lagi.
Namun jika dia tidak pindah, taraf hidupnya tidak berkembang. Anak-anak akan susah hidup dalam rumah yang sempit. Di tempat baru, dia menikmati kemudahan hidup yang lebih selesa dan persekitaran yang lebih nyaman.

            Manusia yang normal sentiasa cuba memastikan hari esok lebih baik dari hari ini. Mengubah persekitaran hidup ke arah yang lebih baik adalah tabiat manusia bertamadun. Hanya yang kita tidak ubah ialah prinsip-prinsip kebenaran yang merentasi masa dan tempat. Pun begitu, cara melaksanakan prinsip-prinsip kebenaran itu juga kadang-kadang berubah. Cara menegakkan keadilan dalam masyarakat berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Pendekatan mencegah kezaliman juga berubah mengikut keadaan masa dan tempat. Namun tanggungjawab menegakkan keadilan dan mencegah kezaliman itu kekal sehingga kiamat.
            Manusia yang enggan berubah dan takut hendak berubah kerana satu risiko yang tidak pasti asas ialah manusia yang dungu. Seseorang yang takut hendak belajar ke peringkat tinggi kerana bimbang dianggap sombong adalah orang yang membodohkan dirinya. Lebih bodoh lagi, jika seseorang yang sanggup hidup dalam keadaan berpenyakit dan bimbang sembuh kerana takut jika terlalu sihat nanti dia akan makan nasi lebih banyak lalu kos hidup akan jadi lebih tinggi. Dia lupa bahawa kos ubat yang dia ambil setiap hari melebihi kos nasi yang mungkin dia tambah jika dia sihat.
            Air yang bertakung akan rosak. Air yang mengalir lebih baik untuk digunakan. Air yang mengalir juga lebih indah bau dan bunyi iramanya. Air yang bertakung kadang-kala ada kegerunan pada bunyi senyapnya itu. 
Kata syair ‘Arab yang disandarkan kepada al-Imam al-Syafii:
‘Seorang yang berakal dan beradab tidak akan kekal berehat di satu tempat. Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah. Bermusafirlah, nescaya engkau dapati ganti orang yang engkau tinggalkan. Berletihanlah, kerana kelazatan hidup pada keletihan (untuk mendapat kebaikan). Aku melihat terhentinya air itu merosakkannya. Jika ia mengalir maka baik, jika ia tidak mengalir tidak baik’.

Ibn Hamdun dalam al-Tazkirah al-Hamduniyyah memetik kata-kata Plato:
“Jangan kamu paksa anak-anak kamu dengan cara kamu kerana mereka diciptakan bukan untuk zaman kamu”.

Friday, April 19, 2013

The Minimalist


Dunia ini seperti satu karya muzik yang kita dengar berdasarkan satu komposisi sebuah lagu.Namun orang yang peka kepada bunyi akan boleh mengasingkan yang mana treble,bass atau midrange,atau boleh mengasingkan bunyi dram,gitar solo atau gitar
bass.Orang yang boleh mengasingkan struktur bunyi seperti ini akan menikmati muzik lebih dari orang mendengar sekadar sebuah lagu.Komunisme adalah musuh kepada Amerika dan kapitalis yang lain.Itu yang dibaca dari dalam buku teks..Namun sebenarnya  Komunisme dicipta untuk tujuan 'mempengaruhi' secara thesis dan antithesis."Dunia ini perlu dilihat secara berlapis", dunia yang kita lihat dalam TV dan mata kasar kita adalah permukaan aisberg dan ia amat kecil berbanding di bawah aisberg itu.Kuasa untuk mengetahui apa yang di bawah aisberg itu adalah PENGETAHUAN.Baca...bacalah...Sebab itu perkataan pertama dalam surah paling pertama yang diturunkan dalam AlQuran ialah "iqra" iaitu "bacalah".Pengetahuan untuk mengetahui apa yang berada di bawah aisberg berbeza dengan pengetahuan untuk mengetahui di mana sebenarnya kita berada.Sebab itu manusia memerlukan agama untuk mengetahui banyak perkara yang di luar pemikiran mereka. Tetapi apa yang di bawah aisberg,boleh dipelajari."Jadilah seorang minimalist.Dunia ini jika dilihat sebagai sebuah minimalisme,kita akan melihat corak-coraknya.Seakan mengasingkan warna-warna dalam sebuah lukisan.

Wednesday, April 10, 2013

Ibnu Ismail Al Jazari – Ilmuwan Muslim Perintis Konsep Robotik Modern



Al Jazari mengembangkan prinsip hidrolik untuk menggerakkan mesin yang kemudian hari dikenal sebagai mesin robot.
”Tak mungkin mengabaikan hasil karya Al-Jazari yang begitu penting. Dalam bukunya, ia begitu terperinci memaparkan arahan untuk mereka cipta, merakit, dan membuat sebuah mesin” (Donald Hill).
Kenyataan di atas merupakan ulasan Donald Hill, seorang ahli teknikal Inggris yang tertarik dengan sejarah teknologi, atas buku karya ahli teknikal Muslim yang ternama, Al-Jazari. Al Jazari merupakan seorang tokoh besar di bidang mekanikal dan industri. Dilaahirkan di  Al Jazira, yang terletak diantara utara Iraq dan timur laut Syria, iaitu diantara Sungai tigris dan Efrat. Al-Jazari merupakan ahli teknikal  yang luar biasa pada zamannya. Nama lengkapnya adalah Badi Al-Zaman Abullezz Ibn Alrazz Al-Jazari. Dia tinggal di Diyar Bakir, Turki, pada abad ke-12.  Ibnu Ismail Ibnu Al-Razzaz al-Jazari mendapat jolokan sebagai Bapa Modern Engineering kerana penemuan-penemuannya yang banyak mempengaruhi rancangan mesin-mesin modern pada masa kini, diantaranya combustion engine, crankshaft, suction pump, programmable automation, dan banyak lagi.
Beliau digelar Al-Jazari kerana di lahirkan di Al-Jazira, sebuah wilayah yang terletak di antara Tigris dan Efrat, Iraq. Seperti ayahnya beliau berkhidmat dengan raja-raja Urtuq atau Artuqid di Diyar Bakir dari 1174 sampai 1200 sebagai ahli teknikal. Donald Routledge dalam bukunya Studies in Medieval Islamic Technology, mengatakan bahwa hingga zaman moden ini, tidak satupun dari suatu kebudayaan yang dapat menandingi lengkapnya instruksi untuk merancang, memproduksi dan menyusun berbagai mesin sebagaimana yang disusun olehAl-Jazari. Pada 1206 ia menghasilkan sebuah karya dalam bentuk buku yang berkaitan dengan dunia teknikal. Beliau mendokumentasikan lebih dari 50 karyanya, lengkap dengan perincian gambar-gambarnya dalam buku, “al-Jami Bain al-Ilm Wal ‘Aml al-Nafi Fi Sinat ‘at al-Hiyal” (The Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices). Bukunya ini adalah mengenai teori dan praktikal mekanikal. Karyanya ini sangat berlainan dengan karya ilmuwan lainnya, kerana lengkap dengan piawainya  Al-Jazari memaparkan secara lengkap hal yang terkait dengan mekanikal dan merupakan sumbangan yang sangat berharga dalam sejarah teknikal.
Keunggulan buku tersebut dikagumi oleh ahli teknikal Inggris, Donald Hill (1974). Donald menyatakan bahawa begitu pentingnya karya Al-Jazari tersebut dalam sejarah  kerana katanya, dalam buku Al-Jazari, terdapat instruksi untuk merancang, merakit, dan membuat mesin. Pada tahun yang sama juga 1206, al-Jazari membuat jam gajah yang bekerja dengan tenaga air dan pemberat untuk menggerakkannya secara automatik sistem mekanikal, yang dalam interval tertentu akan memberikan suara simbal dan burung berkicau. Prinsip humanoid automation inilah yang mengilhami pengembangan robot masa sekarang. Kini replika jam gajah tersebut disusun kembali oleh London Science Museum, sebagai bentuk penghargaan atas karya besarnya.
Pada acara World of Islam Festival yang diadakan di England pada 1976, banyak orang yang kagum dengan hasil karya Al-Jazari kerana Science Museum  merekonstruksi kerja gemilang Al-Jazari, yaitu jam air. Minat yang mendalam Donald Hill terhadap karya Al-Jazari memberinya dorongan untuk menerjemahkan karya Al-Jazari pada 1974, atau 668 tahun setelah pengarangnya menyelesaikan karyanya. Tulisan Al-Jazari juga dianggap unik kerana memberikan gambaran yang begitu terperinci dan jelas manakala ahli teknikal lainnya lebih banyak mengetahui teori saja atau mereka menyembunyikan pengetahuannya dari orang lain. Bahkan ia juga menggambarkan metode rekonstruksi peralatan yang beliau cipta.
Karyanya juga dianggap sebagai sebuah manuskrip terkenal di dunia, yang dianggap sebagai teks penting untuk mempelajari sejarah teknologi. Isinya diilustrasikan dengan miniatur yang menakjubkan. Hasil kerjanya ini kerap menarik perhatian dari dunia Barat. Karyanya yang genius, ilmuwan dan ahli teknikal Muslim ini telah membawa masyarakat Islam pada abad ke-12 pada kejayaan. Ia hidup dan bekerja di Mesopotamia selama 25 tahun. Beliau berkhidmatdi istana Artuqid, pada zaman itu di bawah naungan Sultan Nasir al-Din Mahmoud. Al-Jazari memberikan sumbangan yang pentng bagi dunia ilmu dan masyarakat.