Kewujudan
para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam secara ketenteraan di bumi Gaza
dan Tebing Barat bukanlah satu yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang
merupakan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan depan yang akan
mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis
Israel selama ini.
“Briged Izzuddin al-Qassam” atau
lebih dikenali sebagai al-Qassam
adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya
oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al Maqadema dan Sheikh
Salah Shehada sejak tahun 1984.
Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini
telah diberikan nama sebagai Briged
al-Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin
al-Qassam, seorang tokoh pejuang yang berasal dari Syria yang telah
terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada
penjajahan Inggeris pada tahun 1935.
Namun masyarakat umum termasuk Israel juga amat mengetahui
bahawa Briged al Qassam adalah
satu pergerakan ketenteraan yang bekerja dengan kerahsiaan yang kuat dan mampu
membuat pelbagai kejutan. .
Mereka mempunyai ahli battalion yang terlatih
seramai kira-kira 25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda yang berumur antara
18-30 tahun.
Objektif Penubuhan al Qassam
Objektif utama penubuhan al Qassam adalah untuk menaikkan
semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat
Islam sejagat. Briged ini bertanggung-jawab untuk mempertahankan tanah suci
Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan seterusnya membebaskan
Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis
Israel
Briged al Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang
menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.
Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka
dipilih ialah :
·
Gigih
berpegang dengan ajaran Islam
·
Kuat
mengamalkan sunnah Rasulullah saw
·
Menjaga
solat 5 waktu secara berjamaah
·
Mengimani
perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin
·
Berdisiplin
dan mentaati kepimpinan
·
Mencintai
dan bersedia untuk syahid
Briged ini juga mempunyai skuad wanita walaupun mereka tidak
berada di barisan depan ketenteraan. Pernah sekali tentera al
Qassam yang berpakaian lengkap ketenteraan dikepung oleh tentera
Israel di dalam sebuah masjid, mereka telah menghantar tentera wanita yang
tidak berpakaian seragam pada ketika itu untuk masuk ke masjid bagi menyerahkan
baju lain kepada anggota yang terkepung, Tentera al
Qassam ini kemudiannya berjaya keluar dengan berlakon sebagai
orang-orang awam. Walau pun Briged al
Qassam kehilangan tiga anggota wanitanya dalam operasi tersebut tetapi
mereka tetap berjaya kerana ramai di kalangan anggota utamanya yang dapat
diselamatkan.
Briged al Qassam ini juga sangat
terkenal dengan “roket artileri al-Qassam”
yang merupakan roket buatan sendiri. Roket ini sering membawa kemusnahan musuh
di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada
masyarakat penjajah Israel. Mereka
adalah generasi pemuda perindu syahid yang begitu digeruni oleh pasukan tentera
penjajah Israel yang berjumlah seramai 720,000 orang yang turut mempunyai
pelbagai kelengkapan teknologi ketenteraan yang canggih Pemuda Briged Al-Qassam melakukan sujud syukur
setiap kali pulang daripada bertempur dengan tentera Israel.
Bagi
orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
1-diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2-melihat tempatnya di dalam surga
3-dilindungi dari azab kubur
4-terjamin keamanannya dari malapetaka besar
5-merasakan kemanisan iman,
6-dikahwinkan dengan bidadari,
7-dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”
1-diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
2-melihat tempatnya di dalam surga
3-dilindungi dari azab kubur
4-terjamin keamanannya dari malapetaka besar
5-merasakan kemanisan iman,
6-dikahwinkan dengan bidadari,
7-dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu
Majah, dan Ahmad)