Sunday, February 3, 2013

Chapter II Part 3: Break the barrier within thou mind – the Battle of Mind


Apakah cara paling halus dan mudah untuk menakluk dan membantutkan kekuatan minda umat islam di zaman internet dan era maklumat ini? Kita telah melihat konsep Engram yang digunakan sejak 500 tahun oleh penjajah sehinggalah ke cara Manipulasi Minda Bawah Sedar untuk menjatuhkan Empayar Melayu Islam Nusantara.Di zaman ini bukan lagi peperangan kasar seperti di Iraq atau Palestin yang dapat meruntuhkan satu tamadun atau bangsa. Kini cara yang paling halus, selamat dan paling berkesan untuk menjajah adalah peperangan minda atau “Battle of the Mind”.
                 Cuba lihat projek ‘Brainwash’ dan ‘Persuasion’ atau rayuan halus yang dilakukan melalui media massa tempatan. Mereka yang sudah dikawal mindanya akan menyangkal dengan keras dan menafikan yang mereka sudah terperangkap. Pemimpin – pemimpin yang terlibat menyuarakan pelbagai propaganda mengenai masa depan negara, huru-hara yang akan berlaku, isu-isu perkauman dan isu keagamaan demi menakut-nakutkan masyarakat demi untuk  mematahkan kebangkitan islam.
                Kaedah ini bertujuan untuk melemahkan semangat dan kekuatan minda masyarakat dengan memberikan gambaran situasi yang agak negatif. Cuba ambil beberapa saat dan imbas kembali satu kejadian sedih dalam hidup anda. Anda mungkin boleh terhenti dari membaca artikel ini seketika dan terkenang kembali peristiwa pahit itu. Apabila anda mengimbas satu kejadian pahit, pada ketika itu anda akan mengalami suatu ‘perasaan’. Pastikan di manakah ‘perasaan’ itu timbul? Apakah ‘perasaan’ itu? Apa warna ‘perasaan’ itu?Apakah bentuk atau rupa ‘perasaan’ itu?
                Sekiranya anda melakukan dengan betul, anda akan mengalami satu perasaan yang mempunyai  bentuk,rasa, warna dan bau. Itu adalah Engram Sedih yang mula diaktifkan. Ambil pula beberapa saat dan bayangkan pula masa depan yang tidak terjamin. Perasaan yang sama akan bangkit di dalam diri anda. Ini merupakan Engram Takut yang mula di aktifkan.
                Apakah cara yang paling mudah untuk memecahkan keyakinan dan kekuatan minda?Anda mungkin meneka jawpan yang betul ialah membangkitkan Engram Takut dan Engram Sedih. Kedua-dua Engram ini telah begitu banyak ditanam di dalam jiwa kita sejak pendaratan Portugis di Melaka 501 tahun yang lalu. Segala kehebatan ilmu batin, ilmu kebal dan teknik permainan senjata pedang dan keris kalah pada meriam dan peluru senapang patah yang datang bertubi-tubi??? Itulah penipuan yang telah di “set” ke dalam minda kita dan nenek moyang kita? Apakah langkah dan kaedah memanipulasi minda yang harus kita kenal supaya kita berjaga-jaga sebelum jatuh tegelincir lebih jauh lagi ke dalam jerat manis penjajah melalui pemimpin boneka mereka?

Carta sinoptik mesej bawah sedar di pelbagai media
Peringkat pertama             
mengambarkan situasi negatif yang menakutkan

Peringkat kedua       
Membiuskan perasaan takut yang muncul dan memberi gambaran yang indah mengenai mesej mereka.   Apabila sekumpulan manusia lebih dari 100 orang berhimpun, akan berlakulah satu nada pada getaran alam. Denyutan   jantung manusia iaitu lebih kurang 70-80 denyutan seminit daripada kumpulan manusia itu akan membuka pintu-pintu minda   untuk meresap mesej yang disampaikan terus ke Minda Bawah Sedar. Pada ketika ini minda akan menerima mesej 25 kali   ganda lebih berkesan daripada yang diberikan tika anda berseorangan. Proses ini dinamakan “Entrainment”

Peringkat ketiga       
 Untuk menjadikan mesej yang ingin disampaikan ini di serap pada Minda Bawah Sedar dengan lebih berkesan, muzik akan  didendangkan  sebelum program dimulakan. Teknik ini dinamakan “Alpha Mind  Manipulation”.

Peringkat keempat 
 Pada peringkat ini, perkataan-perkataan permainan minda yang wajib “trigger words” akan ditekankan. Suara akan  disalurkan pada kadar 45-60  bpm. Sama seperti peguam-peguam menekankan perkataan serta ayat yang penting untuk  mempengaruhi hakim atau panel juri di dalam perbicaraan. Teknik ini dipanggil Voice Roll.

Peringkat kelima          
 Pelbagai teknik digunakan untuk mempengaruhi minda penonton untuk menerima mesej. Pada tahap ini, gambaran   negatif seperti faktor ekonomi, persekitaran sosial, senario politik dan sebagainya akan dipaparkan untuk membangkitkan lagi Engram Sedih dan Engram Takut serta menaikkan tekanan darah. Teknik ini dinamakan  "Indoctrination”. 

Peringkat keenam         
Memaparkan pula situasi atau gambaran positif mesej yang dibawanya.Ini dinamakan “Psychological Manipulation”.


Peringkat ketujuh 
Sistem audio dan pencahayaan digunakan untuk melembutkan percanggahan pendapat antara pendengar sekiranya tidak serasi dengan mesej yang telah disampaikan. Ini dinamakan sebagai “Resistance Control”.