Apakah cara paling halus dan mudah untuk menakluk
dan membantutkan kekuatan minda umat islam di zaman internet dan era maklumat
ini? Kita telah melihat konsep Engram yang digunakan sejak 500 tahun oleh
penjajah sehinggalah ke cara Manipulasi Minda Bawah Sedar untuk menjatuhkan
Empayar Melayu Islam Nusantara.Di zaman ini bukan lagi peperangan kasar seperti
di Iraq atau Palestin yang dapat meruntuhkan satu tamadun atau bangsa. Kini cara
yang paling halus, selamat dan paling berkesan untuk menjajah adalah peperangan
minda atau “Battle of the Mind”.
Cuba lihat projek ‘Brainwash’ dan ‘Persuasion’ atau rayuan halus yang dilakukan
melalui media massa tempatan. Mereka yang sudah dikawal mindanya akan
menyangkal dengan keras dan menafikan yang mereka sudah terperangkap. Pemimpin
– pemimpin yang terlibat menyuarakan pelbagai propaganda mengenai masa depan
negara, huru-hara yang akan berlaku, isu-isu perkauman dan isu keagamaan demi
menakut-nakutkan masyarakat demi untuk mematahkan kebangkitan islam.
Kaedah ini bertujuan untuk melemahkan semangat dan kekuatan minda masyarakat
dengan memberikan gambaran situasi yang agak negatif. Cuba ambil beberapa saat
dan imbas kembali satu kejadian sedih dalam hidup anda. Anda mungkin boleh
terhenti dari membaca artikel ini seketika dan terkenang kembali peristiwa
pahit itu. Apabila anda mengimbas satu kejadian pahit, pada ketika itu anda
akan mengalami suatu ‘perasaan’. Pastikan di manakah ‘perasaan’ itu timbul?
Apakah ‘perasaan’ itu? Apa warna ‘perasaan’ itu?Apakah bentuk atau rupa
‘perasaan’ itu?
Sekiranya anda melakukan dengan betul, anda akan mengalami satu perasaan yang
mempunyai bentuk,rasa, warna dan bau. Itu adalah Engram Sedih yang mula
diaktifkan. Ambil pula beberapa saat dan bayangkan pula masa depan yang tidak
terjamin. Perasaan yang sama akan bangkit di dalam diri anda. Ini merupakan
Engram Takut yang mula di aktifkan.
Apakah cara yang paling mudah untuk memecahkan keyakinan dan kekuatan
minda?Anda mungkin meneka jawpan yang betul ialah membangkitkan Engram Takut
dan Engram Sedih. Kedua-dua Engram ini telah begitu banyak ditanam di dalam
jiwa kita sejak pendaratan Portugis di Melaka 501 tahun yang lalu. Segala
kehebatan ilmu batin, ilmu kebal dan teknik permainan senjata pedang dan keris
kalah pada meriam dan peluru senapang patah yang datang bertubi-tubi??? Itulah
penipuan yang telah di “set” ke dalam minda kita dan nenek moyang kita? Apakah
langkah dan kaedah memanipulasi minda yang harus kita kenal supaya kita
berjaga-jaga sebelum jatuh tegelincir lebih jauh lagi ke dalam jerat manis
penjajah melalui pemimpin boneka mereka?
Carta sinoptik mesej bawah sedar di pelbagai media |
Peringkat
pertama
mengambarkan
situasi negatif yang menakutkan
Peringkat
kedua
Membiuskan
perasaan takut yang muncul dan memberi gambaran yang indah mengenai mesej
mereka. Apabila sekumpulan manusia lebih dari 100 orang berhimpun,
akan berlakulah satu nada pada getaran alam. Denyutan jantung
manusia iaitu lebih kurang 70-80 denyutan seminit daripada kumpulan manusia itu
akan membuka pintu-pintu minda untuk meresap mesej yang disampaikan
terus ke Minda Bawah Sedar. Pada ketika ini minda akan menerima mesej 25 kali
ganda lebih berkesan daripada yang diberikan tika anda
berseorangan. Proses ini dinamakan “Entrainment”
Peringkat
ketiga
Untuk
menjadikan mesej yang ingin disampaikan ini di serap pada Minda Bawah Sedar
dengan lebih berkesan, muzik akan didendangkan sebelum program dimulakan.
Teknik ini dinamakan “Alpha Mind Manipulation”.
Peringkat
keempat
Pada
peringkat ini, perkataan-perkataan permainan minda yang wajib “trigger
words” akan ditekankan. Suara akan disalurkan pada kadar 45-60
bpm. Sama seperti peguam-peguam menekankan perkataan serta ayat yang
penting untuk mempengaruhi
hakim atau panel juri di dalam perbicaraan. Teknik ini dipanggil Voice
Roll.
Peringkat
kelima
Pelbagai
teknik digunakan untuk mempengaruhi minda penonton untuk menerima mesej. Pada
tahap ini, gambaran negatif seperti
faktor ekonomi, persekitaran sosial, senario politik dan sebagainya akan
dipaparkan untuk membangkitkan lagi
Engram Sedih dan Engram Takut serta menaikkan tekanan darah. Teknik ini
dinamakan "Indoctrination”.
Peringkat
keenam
Memaparkan
pula situasi atau gambaran positif mesej yang dibawanya.Ini dinamakan “Psychological
Manipulation”.
Peringkat
ketujuh
Sistem
audio dan pencahayaan digunakan untuk melembutkan percanggahan pendapat antara
pendengar sekiranya tidak serasi
dengan mesej yang telah disampaikan. Ini dinamakan sebagai “Resistance
Control”.
No comments:
Post a Comment