Wednesday, November 28, 2012

Sejarah awal Bani Israel/Yahudi

Krisis Palestine sebenarnya telah berlanjutan sejak ribuan tahun dahulu dan saban tahun semakin melarat. Baru-baru ini, serangan yang berlaku ke atas Gaza, saya lebih suka mengunakan istilah genocide ataupun penghapusan etnik sebagai istilah yang sesuai untuk menggambarkan kekejaman Zionis.

Artikel ini akan merangkumi dua fasa, iaitu fasa pertama, membincangkan sejarah awal Bani Israel/Yahudi, kemudian fasa kedua yang membincangkan mengenai Perang Arab-Israel 1948 dan Perang Enam Hari.

Sejarah Bani Israel harus bermula dengan Nabi Ibrahim a.s kerana Nabi Ibrahim merupakan bapa kepada 3 bangsa, iaitu bangsa Arab, bangsa Yahudi dan bangsa Melayu. Kita mulakan kisah dengan singgahnya Nabi Ibahim a.s dan sepupunya Nabi Lut a.s ke sebuah negeri yang bernama Hebron. Di sana, baginda telah bertemu dengan Sarahlalu berkahwin dengan Sarah manakala Nabi Lut a.s telah membawa diri ke kota Sodom sesuai dengan peintah Allah swt.

Di kota Sodom, terjadinya kisah yang masih diingati dalam sejarah Islam, kisah bagaimana bangsa pertama di dunia yang mengamalkan homoseksual dan kemudiannya menerima bala yang tidak terperi daripada Allah swt dan satu-satunya malapetaka yang Allah swt masih tunjukkan kepada dunia, untuk memberi amaran kepada manusia bahawa Allah swt sangat melaknat hambanya yang mempunyai nafsu songsang.

Kemudian, Nabi Ibrahim membawa isterinya, Sarah ke Mesir. Baginda menetap disana beberapa ketika dan terjadi peristiwa yang kemudiannya membuatkan Nabi Ibrahim a.s kembali ke Hebron lalu berkahwin dengan Hajar. Daripada keturunan Hajar ini, lahirnya bangsa Arab melalui Nabi Ismael. Siti Hajar dan Nabi Ismael diperintahkan untuk singgah ke sebuah tempat yang kini menjadi Mekah.

Berbalik kepada Sarah, dia telah melahirkan Nabi Ishak. Nabi Ishak menetap di Hebron dan telah berkahwin dengan Rebecca. Daripada Rebecca ini, lahirnya Nabi Yaakub a.s. Nabi Yaakun a.s membesar dan berkahwin dengan 2  orang perempuan iaitu Leah dan Rachel. Selepas Leah melahirkan 4 orang anak, Rachel menjadi cemburu dan berkat doanya kepada Allah swt, akhirnya Allah swt menganugerahkan Nabi Yusof a.s sebagai permata keluarga. Daripada Nabi Yaakub ini, terdapat 12 orang anak yang kemudiannya menjadi 12 suku Bani Israel.

Diberitakan dalam Al-Quran, Nabi Yusof menjadi mangsa kekejaman abang tirinya dan telah dibuang ke dalam perigi. Namun, takdir Allah swt mengatasi segala-segalanya. Nabi Yusof a.s telah ditemui dan dijaga. Dipendekkan cerita, Nabi Yusof a.s akhirnya menjadi Menteri Hal Ehwal Makanan dan telah berkahwin dengan Zulaikha. Diceritakan oleh Al-Quran, Injil dan Taurat, bahawa Allah swt telah mempertemukan Nabi Yusof dengan adik beradik tirinya yang lain. Nabi Yusof sendiri yang telah mempelawa ayahnya serta adik beradiknya yang lain untuk tinggal di Mesir.

Beratus tahun Bani Israel menguasai Mesir daripada bangsa Qibti dan apabila tiba satu masanya, mereka menjadi sombong (sifatbiasa Bani Israel) dan menaikkan kemarahan bangsa Qibti, pengasas tamadun Mesir Purba dan telah dijadikan hamba. Mereka tertekan silih tahun sehingga Allah swt menurunkan Nabi Musa a.s untuk berdakwah serta membawa mereka keluar dari Mesir.

Kisah Nabi Musa a.s yang turut berdakwah kepada firaun menjadi antara kisah yang paling popular di dalam Al Quran. Fenomena Laut Merah mesti masih segar dalam ingatan, diceritakan kepada kita bagaimana Nabi Musa a.s membawa Bani Israel membelah lautan merah, ke sebuah tanah yang dinamakan Kanaan, tanah milik bangsa Palestine hari ini.

Sebab itu apabila mereka mengatakan bahawa mereka ialah penduduk asal Palestine, maka itu hanyalah bohongan semata-mata. Bangsa Yahudi sebenarnya tidak mempunyai negara. Mereka berjaya membina kerajaan Israel pun hanya kerana Allah swt mengirimkan seorang pemimpin bernama Talut di kalangan mereka untuk melawan pemerintah yang bernama Jalut. Ditakdirkan, Nabi Daud a.s berjaya mengalahkan Jalut maka Nabi Daud a.s telah mewarisi kerajaan ini.

Kerajaan ini berdiri sehinggalah pada tahun 586 SM, seorang raja dari kerajaan Babylon iaitu Raja Nabuchatnizar telah memusnahkan kerajaan Israel. Dari tahun ini, Bani Israel tidak mempunyai kuasa di Palestine sehimggalah Rome menawan Palestine. Raja Herod telah dilanyik oleh Rome untuk menjadi wakil mereka memerintah Palestine. Namun, ketika kelahiran Nabi Isa a.s, Raja Herod dan Bani Israel telah cuba untuk membunuh baginda namun Allah swt telah menamgkat Nabi Isa a.s ke langit.

Seterusnya, Allah swt telah menurunkan bala ke atas Israel apabila Rome menyerang dan menghancurkan Jerusalem.  Di atas apa yang mereka lakukan ke atas Nabi Isa a.s, Allah swt telah menarik hak mereka ke atas tanah Kanaan maka bergelentanganlah Bani Israel ke seluruh tempat. Hal ini sesuai dengan ayat Al Quran di bawah:

     "Orang-orang kafir dari Bani Israel telah dilaknat melalui lisan (ucapan) Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu kerana mereka durhaka dan selalu melampaui batas." (Al-Quran, 5:78)

Mereka menuggu kedatangan Nabi Akhir Zaman dan berharap  Nabi Akhir Zaman ini akan menyelamatkan mereka daripada bala yang diturunkan oleh Allah swt. Namun, apabila Nabi Muhammad s.a.w datang dari keturunan Arab, iaitu saudara jauh mereka, mereka menolak kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Golongan inilah yang dipanggil sebagai Yahudi. Golongan Bani Israel yang menerima kanabian Nabi Isa a.s pula dikenali sebagai Nasrani dan kemudiannya Kristian dan istilah itu kekal untuk semua penganut Trinity. Yahudi dan Kristian hari ini digelar sebagai ahli kitab.


contributed by: Ace&reX

Tuesday, November 27, 2012

Chapter I Part I: ENGRAM the Hidden Secret of Mind Manipulation Towards The Mass.


Talian hayat ekonomi dunia dipegang oleh negara-negara maju. Manakala negara-negara membangun ditekan dan ditindas untuk mengikut rancangan ekonomi yang ditetapkan oleh mereka. Sedangkan semua yang mereka lakukan adalah sah di segi polisi dan prinsip ekonomi global.
            Selama lebih dari 50 tahun ini, Negara-negara maju telah mengerakkan ekonomi dunia melalui teknologi “Global Hypnotisms”. Apakah yang dimaksudkan oleh “Global Hypnotisms”?
Hipnotism adalah satu cara untuk mengubah kepercayaan seseorang individu. Melalui system ini, pihak penjajah hanya perlu mengubah system kepercayaan para menteri kabinet dan Perdana Menteri sesebuah negara untuk mengubah nasib dan kepercayaan rakyat dinegara tersebut. Menteri pula akan mengubah polisi ekonomi negara tersebut untuk diseragamkan dengan keperluan semasa ekonomi global. Permainan rancangan ekonomi dunia sebenarnya hanya ditetapkan untuk kepentingan negara-negara maju.
            Satu dokumen CIA yang bertarikh 7 Januari 1953 yang telah diklasifikasikan sebagai ‘bukan rahsia rasmi’ mendedahkan bahawa manusia boleh dihipnosiskan untuk menurut perintah dengan mudah. Hipnosis ialah program yang memberi arahan kepada Minda Bawah Sedar. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan ikon, signal, perkataan, tulisan, panggilan telefon, siaran radio, video gambar dan sebagainya. CIA juga membuktikan bahawa hypnosis boleh dijadikan sebagai satu senjata ketenteraan yang canggih tanpa disedari oleh manusia.
            Agenda utama CIA yang ditubuhan dibawah Nationat Security Act 1947 adalah untuk menjalankan penyelidikan dan eksperimen “Mind Control”. Pada ketika itu program kawalan minda ini telah pun diamalkan oleh Russia. China dan Korea Utara. Program Kawalan Minda yang pertama dianjurkan oleh CIA ialah pada tahun 1950 dibawah fail rahsia “Bluebird”.
            Projek Bluebird diarahkan untuk mengkaji keupayaan manipulasi Minda Bawah Sedar untuk melakukan perkara-perkara berikut:-
§  Mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kepercayaan mereka.
§  Membolehkan seseorang melakukan kerja-kerja ketenteraan didalam tempoh yang singkat.
§  Menghilangkan daya ingatan seseorang.
§  Mengunakan ikon dan simbol untuk memanipulasi minda

Pada 13 April 1953, Pengarah, Richard Helms telah meluluskan dan mengarahkan perlaksanaan projek rahsia mengenai manipulasi minda peringkat lanjutan diatas nama Mind Control Ultra (MKULTRA) dan melakukan tugasan-tugasan ‘ultra sensitive work’.
Sepucuk surat rasmi daripada Richard Helms bertarikh 3 April 1953 kepada Penolong Pengarah CIA  Allen Dulles bertajuk “Dua Projek Penyelidikan yang Paling Dasyat” (MKULTRA & MKDELTA) menyatakan bahawa projek ini  adalah rahsia keselamatan negara yang paling unggul dan boleh memanipulasi minda manusia untuk menjajah mereka dari jarak jauh tanpa disedari oleh mereka. Projek ini mengunakan keupayaan untuk meracun dan membunuh sebilangan besar penduduk termasuk kanak-kanak dan ahli keluarga sendiri.
            Projek ini telah ditamatkan pada 1964 dan Pengarah CIA ketika itu Richards Helms telah memusnahkan semua fail rahsia penyelidikan MKULTRA supaya tidak diketahui oleh dunia luar.

Saturday, November 3, 2012

Assalamualaikumwarahmatullah


Assalamualaikumwarahmatullah hari ni pada tanggal 18 ZULHIJAH 1433 adalah hari petama aku post dalam blog ni. Dalam artikel yang pertama  ini aku ingin berkongsi maklumat mengenai perkataan “Qalb” dalam bahasa Arab yang bermaksud heart dalam English dan jantung dalam Melayu.
     Jika kita sayang atau jatuh cinta kepada seseorang, kita dapat merasakan perasaan itu seolah-olah hadir dari jatung yang terletak dalam dada kita. Sebeb itulah love (cinta) diberi simbol berbentuk hati bukannya otak. Begitu juga perasaan marah, benci, cemburu dan juga iri hati seoah-olah terpancar dari dala dada, bukannya dari otak di kepala.
     Banyak ungkapan emosi sering digunakan yang merujuk kepada jantung seperti "dari hati ke hati", "tepuk dada tanyalah iman", "kamu sentiasa dihatiku" dan sebagainya. Beberapa dekad sebelum ini, para saintis mengkaji jantung dari sudut Fisiologi dan Patalogi, Mereka merumuskan jantung ialah organ untuk mengepam darah, tidak lebih daripada itu. Namun pada abad terbaru ini, apabila berkembangnya teknologi pemindahan jantung,para pengkaji mula mendapat satu fenomena aneh dan pelik kepada pesakit selepas pemindahan organ tersebut, iaitu perubahan dari aspek psikologi dan juga emosi.


Kekeliruan Bahasa
Sesungguhnya jantung dan hati merupakan dua jenis organ yang berbeza. Jantung ialah organ yang berfungsi untuk mengepam darah, manakala hati merupakan organ yang bewarna kemerahan seperti darah beku yang berfungsi untuk memproses bahan-bahan kumuh di dalam darah.
     Al - Quran dan Sunnah mengunakan perkataan Qalb atau Qulub yang merujuk kepada jantung bukannya hati. Lisan Al - Arab yang dikarya oleh Ibnu Manzur memberi pengertian Qalb sebagai segumpal daging dari Fuad yang tergantung, iaitu jantung, Manakala hati dalam perkataan Arab disebut sebagai Kidbah. Disebabkan untuk kesesuaian bahasa Qalb atau Qulub diterjemahkan kepada hati dalam Bahasa Melayu, namun maksud daridapa istilah masih merujuk kepada jantung.

Enjin Didalam Badan
Jantung merupakan salah satu organ yang paling penting dalam tubuh kita. Ia bersambung terus dengan semua organ di dalam badan kita melalui pembuluh - pembuluh darah. Sejak dibangku sekolah lagi kita di ajar bahawa fungsi jantung ialah organ yang mengepam darah ke semua sistem di dalam badan kita.
     Memang benar itulah fungsi utama jantung. Ia mengepam pada kadar 60n hingga 80 kali seminit dan sekitar 100,000 ribu kali sehari.Secara kumulatifnya, jumlah darah yang dipam adalah kira - kira 10,000 liter sehari. Andai sekiranya seminit sahaja jantung terhenti sudah cukup untuk melumpuhkan seluruh organ di dalam badandan beberapa minit ia berehat sudah cukup untuk menamatkan hayat seseorang.

Hubungan Jantung Dengan Otak
Sejak 30 tahun lalu, para pengkaji mula membuat penelitian tentang kaitan antara jantung dengan otak. Mereka mendapati jantung berperanan dalam memahami perubahan persekitaran dan mampu memberi kesan terhadap setiap aktiviti pada otak. Sebab itulah ia digelar oleh neurocardiologist (pakar saraf dan jantung) sebagai otak kelima (otak pertama hingga ke empat terletak di otak).
     Kajian mereka mendapati 60 - 65 % komposisi jantung ialah sel - sel saraf seperti otak, bukannya otot - otot. Penemuan ini telah merintis banyak kajian lain bagi membuktikan jantung dapat berfungsi seperti otak, malahan melebihi peranan otak dalam hal - hal tertentu. Saintis telah merumuskan bahawa jantung memainkan peranan utama dalam emosi seseorang seperti perasaan cinta, kasih sayang, marah, dengki dan sebagainya. Maka sebab itulah kita perlu mendengar, berfikir dan membuat keputusanberdasarkan rasa hati (jantung) kita, bukan hanya berdasarkan logik akal kita. Otak hanyalah organ tempat berfikir. Adakah jantung dikawal oleh otak atau sebaliknya? Saintis mengalui bahawa secara saintifiknya, jantung berhubung dengan otak melalui satu jaringan saraf yang rumit dan terdapat pengaliran arus elektrik daripada kedua - dua arah dalam bentuk signal elektrik.


Jantung Mendahului Otak
Jantung merupakan organ pertama yang berfumgsi semasa proses pembentukan janin iaitu sekitar 3 hingga 4 minggu selepas persenyawaan. Otak hanya mula berfungsi sekitar minggu yang ke 13 hingga ke 14. sedangkan perkembangan emosi dan psikologi seseorang telah mula seawal  proses persenyawaan berlaku. Ini menunjukkan jantung terlebih dahulu berfungsi sebelum otak dan ia boleh berfungsi tanpa arahan dari otak.
     Diperingkat janin, jantung, janin dan ibunya sering berkomunikasi di antara satu sama lain. Proses inilah yang mewujudkan satu ikatan mesra antara ibu dan anak untuk menyediakan anak bagi menghadapi dunia luar. Selepas dilahirkan, ikatan yang lebih kuat wujud dengan proses penyusuaan dan pemeliharaan. Proses inilah yang membolehkan jantung dan otak kanak - kanak berkembang dan menyesuaikan diri dalam kehidupan barunya. Melalui proses ini juga, anak - anak dapat mewarisi sesuatu ciri daripada ibu bapa mereka.

Kuasa Tersembunyi pada Jantung
Prof. Gary Schwartz dan Prof. Linda Russek, pakar psikiatri di Universiti Arizona merumuskan bahawa jantung mempunyai satu kuasa istemewa yang membolehkan ia menyimpan dan memproses sesuatu maklumat. Maka daya ingatan bukan sahaja disimpan di otak malah turut di simpan oleh jantung. Sat kajian ke atas 300 orang pesakit yang telah menjalani pemindahan jantung agak mengejutkan kerana didapati semua pesakit mengalami perubahan emosi dan psikologi selepas menerima jantung baru.
     Sebagai contoh, pada 11 Ogos 2007, akhbar Washington Post menjelaskan mengenai keadaan Peter Houghton, seorang pesakit yang telah menjalani pemindahan jantung tiruan. Jantung tiruaan adalah alat yang dicipta bagi mengantikan fungsi jantung sebagai pengepam darah. Houghton berkata: "Perasaan saya telah berubah selepas menerima jantung tiruan. Kini saya tidak mampu mengetahui apa yang saya suka dan benci. Saya juga lansung tidak mempunyai perasaan terhadap cucu-cucu saya." Dia juga tidak lagi tertarik kepada duit mahupun kehidupannya. Dia tidak tahu mengapa dia mesti hidup dan mula berfikir untuk membunuh diri. Dia tidak memahami dunia dan tidak memikirkan masa depannya. Dia juga telah hilang kepercayaan kepada tuhan dan kehidupannya menjadi tidak terurus selepas itu.
     Dalam kes lain, Prof. Linda  menemui satu kes seorang kanak-kanak yang telah menjalani pemindahan jantung. Selepas pemindahan tersebut kanak-kanak itu selalu mengadu sakit  di dada. Siasatan mendapati jantung tersebut diterima seorang kanak-kanak yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya dan sebelum meninggal kanak-kanak malang itu seringkali mengadu sakit di dada.
     Dalam satu lagi kes yang menarik, seorang wanita yang mengahwini seorang lelaki yang tidak mempercayai tuhan (ateis). Selepas beberapa tahun disebabkan masalah tertentu, lelaki itu telah membunuh diri dengan menenbak kepalanya sendiri. Pakar perubatan mendapati jantungnya masih berada dalam keadaan yang baik dan telah diambil untuk diberikan kepada seorang lelaki beragama yang menghidap masalah jantung. Selepas itu, lelaki yang menerima jantung tersebut bertemu dengan janda lelaki yang membunuh diri. Dia berasa seolah-olah amat kenal wanita tersebut dan telah lama bertemu. Lelaki tersebut mula berubah menjadi seorang yang tidak percaya tuhan dan akhirnya dia telah membunuh diri dengan cara yang sama.
     Para pengkaji mula merumuskan tempat untuk berfikir ialah jantung bukannya otak. Penjelasan sewajarnya bagi perubahan psikologi yang berlaku kepada seorang setelah menerima jantung baru adalah kerana terdapatnya program khusus di dalam jantung yang mampu menyimpan memori. Program tersebut menghantar memori ke otak untuk di proses  di otak.
     Dr. J Andrew Armour dalam kajiannya menemui saraf seperti saraf otak yang amat rumit di dalam jantung manusia. Saraf inilah yng memainkan peranan penting dalam memahami dan membentuk perasaan seseorang. Di dalam jantung seseorang terdapat kira-kira 40,000 neuron (sel saraf) yang bekerja bagi mengawal denyutan jantung, menghasilkan hormon dan juga menyimpan malumat seperti otak. Maka malumat akan mengalir dari jantung ke otak melalui jalan khusus bagi membolehkan sel-sel otak memahami dan mempunyai perasaan. Para pengkaji telah mengesahkan bahawa terdapat signal yang mengalir dari jantung ke otak melalui cara tertentu. Kini saintis mula menubuhkan pusat-pusat pengkajian untuk mengkaji kaitan antara jantung dan otak, dan kaitan antara jantung dengan fungsi kognitif dan psikologi seseorang.

Jantung Dari Perspektif Agama
Al Quran telah menyebut mengenai jantung sebayak 110 kali. Bahkan ia menjelaskan mengenai kemampuan hati untuk berfikir seperti firman Allah swt yang bermaksud:

"Maka apakah mereka tidak berjalan dimuka bumi, lalu mereka mempunyai hati (jantung) yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata  itu yang buta, tetapi yang buta itu ialah hati di dalam dada " (Surah al-Hajj 22:46)

Allah swt berfirman lagi, mahfumnya: " Sesungguhnya kami memenuhkan neraka jahanam kebanyakannya dari manusia dan jin. mereka mempunyai hati namun tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat allah..." (Surah al A'raf 7: 179)

Rasulullah saw juga telah mendahului para saintis dengan mengkhabarkan mengenai fungsi hati dan kepentingannya kepada seluruh anggota badan manusia 14 abad yang lalu. Jika hati dalam keadaan baik, maka baiklah seluruh anggota badan dan begitu juga sebaliknya.

Sabda Rasulullah saw, mahfumnya: "Di dalam badan terdapat segumpal daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh anggota badan dan jika ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota badan. Ia adalah hati (jantung)". (Muttafaq “allah)