Wednesday, November 28, 2012

Sejarah awal Bani Israel/Yahudi

Krisis Palestine sebenarnya telah berlanjutan sejak ribuan tahun dahulu dan saban tahun semakin melarat. Baru-baru ini, serangan yang berlaku ke atas Gaza, saya lebih suka mengunakan istilah genocide ataupun penghapusan etnik sebagai istilah yang sesuai untuk menggambarkan kekejaman Zionis.

Artikel ini akan merangkumi dua fasa, iaitu fasa pertama, membincangkan sejarah awal Bani Israel/Yahudi, kemudian fasa kedua yang membincangkan mengenai Perang Arab-Israel 1948 dan Perang Enam Hari.

Sejarah Bani Israel harus bermula dengan Nabi Ibrahim a.s kerana Nabi Ibrahim merupakan bapa kepada 3 bangsa, iaitu bangsa Arab, bangsa Yahudi dan bangsa Melayu. Kita mulakan kisah dengan singgahnya Nabi Ibahim a.s dan sepupunya Nabi Lut a.s ke sebuah negeri yang bernama Hebron. Di sana, baginda telah bertemu dengan Sarahlalu berkahwin dengan Sarah manakala Nabi Lut a.s telah membawa diri ke kota Sodom sesuai dengan peintah Allah swt.

Di kota Sodom, terjadinya kisah yang masih diingati dalam sejarah Islam, kisah bagaimana bangsa pertama di dunia yang mengamalkan homoseksual dan kemudiannya menerima bala yang tidak terperi daripada Allah swt dan satu-satunya malapetaka yang Allah swt masih tunjukkan kepada dunia, untuk memberi amaran kepada manusia bahawa Allah swt sangat melaknat hambanya yang mempunyai nafsu songsang.

Kemudian, Nabi Ibrahim membawa isterinya, Sarah ke Mesir. Baginda menetap disana beberapa ketika dan terjadi peristiwa yang kemudiannya membuatkan Nabi Ibrahim a.s kembali ke Hebron lalu berkahwin dengan Hajar. Daripada keturunan Hajar ini, lahirnya bangsa Arab melalui Nabi Ismael. Siti Hajar dan Nabi Ismael diperintahkan untuk singgah ke sebuah tempat yang kini menjadi Mekah.

Berbalik kepada Sarah, dia telah melahirkan Nabi Ishak. Nabi Ishak menetap di Hebron dan telah berkahwin dengan Rebecca. Daripada Rebecca ini, lahirnya Nabi Yaakub a.s. Nabi Yaakun a.s membesar dan berkahwin dengan 2  orang perempuan iaitu Leah dan Rachel. Selepas Leah melahirkan 4 orang anak, Rachel menjadi cemburu dan berkat doanya kepada Allah swt, akhirnya Allah swt menganugerahkan Nabi Yusof a.s sebagai permata keluarga. Daripada Nabi Yaakub ini, terdapat 12 orang anak yang kemudiannya menjadi 12 suku Bani Israel.

Diberitakan dalam Al-Quran, Nabi Yusof menjadi mangsa kekejaman abang tirinya dan telah dibuang ke dalam perigi. Namun, takdir Allah swt mengatasi segala-segalanya. Nabi Yusof a.s telah ditemui dan dijaga. Dipendekkan cerita, Nabi Yusof a.s akhirnya menjadi Menteri Hal Ehwal Makanan dan telah berkahwin dengan Zulaikha. Diceritakan oleh Al-Quran, Injil dan Taurat, bahawa Allah swt telah mempertemukan Nabi Yusof dengan adik beradik tirinya yang lain. Nabi Yusof sendiri yang telah mempelawa ayahnya serta adik beradiknya yang lain untuk tinggal di Mesir.

Beratus tahun Bani Israel menguasai Mesir daripada bangsa Qibti dan apabila tiba satu masanya, mereka menjadi sombong (sifatbiasa Bani Israel) dan menaikkan kemarahan bangsa Qibti, pengasas tamadun Mesir Purba dan telah dijadikan hamba. Mereka tertekan silih tahun sehingga Allah swt menurunkan Nabi Musa a.s untuk berdakwah serta membawa mereka keluar dari Mesir.

Kisah Nabi Musa a.s yang turut berdakwah kepada firaun menjadi antara kisah yang paling popular di dalam Al Quran. Fenomena Laut Merah mesti masih segar dalam ingatan, diceritakan kepada kita bagaimana Nabi Musa a.s membawa Bani Israel membelah lautan merah, ke sebuah tanah yang dinamakan Kanaan, tanah milik bangsa Palestine hari ini.

Sebab itu apabila mereka mengatakan bahawa mereka ialah penduduk asal Palestine, maka itu hanyalah bohongan semata-mata. Bangsa Yahudi sebenarnya tidak mempunyai negara. Mereka berjaya membina kerajaan Israel pun hanya kerana Allah swt mengirimkan seorang pemimpin bernama Talut di kalangan mereka untuk melawan pemerintah yang bernama Jalut. Ditakdirkan, Nabi Daud a.s berjaya mengalahkan Jalut maka Nabi Daud a.s telah mewarisi kerajaan ini.

Kerajaan ini berdiri sehinggalah pada tahun 586 SM, seorang raja dari kerajaan Babylon iaitu Raja Nabuchatnizar telah memusnahkan kerajaan Israel. Dari tahun ini, Bani Israel tidak mempunyai kuasa di Palestine sehimggalah Rome menawan Palestine. Raja Herod telah dilanyik oleh Rome untuk menjadi wakil mereka memerintah Palestine. Namun, ketika kelahiran Nabi Isa a.s, Raja Herod dan Bani Israel telah cuba untuk membunuh baginda namun Allah swt telah menamgkat Nabi Isa a.s ke langit.

Seterusnya, Allah swt telah menurunkan bala ke atas Israel apabila Rome menyerang dan menghancurkan Jerusalem.  Di atas apa yang mereka lakukan ke atas Nabi Isa a.s, Allah swt telah menarik hak mereka ke atas tanah Kanaan maka bergelentanganlah Bani Israel ke seluruh tempat. Hal ini sesuai dengan ayat Al Quran di bawah:

     "Orang-orang kafir dari Bani Israel telah dilaknat melalui lisan (ucapan) Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu kerana mereka durhaka dan selalu melampaui batas." (Al-Quran, 5:78)

Mereka menuggu kedatangan Nabi Akhir Zaman dan berharap  Nabi Akhir Zaman ini akan menyelamatkan mereka daripada bala yang diturunkan oleh Allah swt. Namun, apabila Nabi Muhammad s.a.w datang dari keturunan Arab, iaitu saudara jauh mereka, mereka menolak kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Golongan inilah yang dipanggil sebagai Yahudi. Golongan Bani Israel yang menerima kanabian Nabi Isa a.s pula dikenali sebagai Nasrani dan kemudiannya Kristian dan istilah itu kekal untuk semua penganut Trinity. Yahudi dan Kristian hari ini digelar sebagai ahli kitab.


contributed by: Ace&reX

No comments:

Post a Comment