Talian hayat ekonomi
dunia dipegang oleh negara-negara maju. Manakala negara-negara membangun
ditekan dan ditindas untuk mengikut rancangan ekonomi yang ditetapkan oleh mereka.
Sedangkan semua yang mereka lakukan adalah sah di segi polisi dan prinsip
ekonomi global.
Selama lebih dari 50 tahun ini, Negara-negara maju telah mengerakkan ekonomi
dunia melalui teknologi “Global Hypnotisms”. Apakah yang dimaksudkan oleh
“Global Hypnotisms”?
Hipnotism adalah satu
cara untuk mengubah kepercayaan seseorang individu. Melalui system ini, pihak
penjajah hanya perlu mengubah system kepercayaan para menteri kabinet dan
Perdana Menteri sesebuah negara untuk mengubah nasib dan kepercayaan rakyat
dinegara tersebut. Menteri pula akan mengubah polisi ekonomi negara tersebut
untuk diseragamkan dengan keperluan semasa ekonomi global. Permainan rancangan
ekonomi dunia sebenarnya hanya ditetapkan untuk kepentingan negara-negara maju.
Satu dokumen CIA yang bertarikh 7 Januari 1953 yang telah diklasifikasikan
sebagai ‘bukan rahsia rasmi’ mendedahkan bahawa manusia boleh dihipnosiskan
untuk menurut perintah dengan mudah. Hipnosis ialah program yang memberi arahan
kepada Minda Bawah Sedar. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan ikon, signal,
perkataan, tulisan, panggilan telefon, siaran radio, video gambar dan
sebagainya. CIA juga membuktikan bahawa hypnosis boleh dijadikan sebagai satu
senjata ketenteraan yang canggih tanpa disedari oleh manusia.
Agenda utama CIA yang ditubuhan dibawah Nationat Security Act 1947 adalah untuk
menjalankan penyelidikan dan eksperimen “Mind Control”. Pada ketika itu program
kawalan minda ini telah pun diamalkan oleh Russia. China dan Korea Utara.
Program Kawalan Minda yang pertama dianjurkan oleh CIA ialah pada tahun 1950
dibawah fail rahsia “Bluebird”.
Projek Bluebird diarahkan untuk mengkaji keupayaan manipulasi Minda Bawah Sedar
untuk melakukan perkara-perkara berikut:-
§ Mengarahkan seseorang
untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kepercayaan mereka.
§ Membolehkan seseorang
melakukan kerja-kerja ketenteraan didalam tempoh yang singkat.
§ Menghilangkan daya
ingatan seseorang.
§ Mengunakan ikon dan
simbol untuk memanipulasi minda
Pada 13 April 1953,
Pengarah, Richard Helms telah meluluskan dan mengarahkan perlaksanaan projek
rahsia mengenai manipulasi minda peringkat lanjutan diatas nama Mind Control
Ultra (MKULTRA) dan melakukan tugasan-tugasan ‘ultra sensitive work’.
Sepucuk surat rasmi
daripada Richard Helms bertarikh 3 April 1953 kepada Penolong Pengarah CIA
Allen Dulles bertajuk “Dua Projek Penyelidikan yang Paling Dasyat”
(MKULTRA & MKDELTA) menyatakan bahawa projek ini adalah rahsia
keselamatan negara yang paling unggul dan boleh memanipulasi minda manusia
untuk menjajah mereka dari jarak jauh tanpa disedari oleh mereka. Projek ini
mengunakan keupayaan untuk meracun dan membunuh sebilangan besar penduduk
termasuk kanak-kanak dan ahli keluarga sendiri.
Projek ini telah ditamatkan pada 1964 dan Pengarah CIA ketika itu Richards
Helms telah memusnahkan semua fail rahsia penyelidikan MKULTRA supaya tidak
diketahui oleh dunia luar.
No comments:
Post a Comment