Wednesday, December 26, 2012

Chapter II Part I: Break the barrier within thou mind


MINDA manusia terdiri daripada 3 aspek iaitu Minda Sedar (conscious mind), Minda Bawah Sedar (Sub-conscious Mind), dan Minda Tidak Sedar (unconscious mind). Setiap satu aspek ini memainkan peranan yang berasingan dan bersepadu.
            Minda Bawah Sedar (sub-concious mind) ini tidak menyimpan memori seperti yang kita faham selama ini. Ia hanya menyimpan imej dan ikon yang dinamakan Engram. Engram adalah DVD didalam Minda Bawah Sedar yang merakamkan peristiea-peristiwa seperti mimpi, khayalan ketika manusia berada didalam keadaan separuh sedar, di bawah kawalan ubat bius, ketika mengalami sesuatu penyakit yang teruk atau konik dan ketika berada di dalam kesakitan yang berlebihan seperti kemalangan, migraine dan sebagainya. Waktu ini, Minda Sedar (conscious mind) akan menutup dan diambil alih oleh minda automatik iaitu Minda Bawah Sedar yang juga dikenali sebagai Minda Reaktif. Ia penuh dengan gambar, bunyi-bunyian, muzik dan haruman yang lengkap.
            Di dalam Minda Bawah Sedar ini, terdapat rekod beribu-ribu malahan berjuta Engram sejak manusia dilahirkan. Engram juga terbentuk semasa seorang bayi masih di dalam rahim ibunya. Penyakit yang diwariskan oleh ibu melalui janin di dalam kandungan dinamakan penyakit keturunan atau hereditary diseases.
            Minda Reaktif atau Minda Bawah Sedar (subconcious mind) boleh diibaratkan seperti sebuah sistem komputer kapal terbang. Apabila pesawat menghadapi masalah, sistem ini akan mengambil alih tugas sebagai juruterbang dan mengeluarkan isyarat serta nasihat kepada juruterbang sebenar. Sistem ini akan bertindak reaktif terhadap situasi kecemasan yang dihadapi ketika itu. Alat pengesan (sensor) di dalam kapal terbang itu juga akan meminta juruterbang menaikkan atau menurunkan paras ketinggian (altitude) untuk mengelakan kemalangan udara sekiranya terdapat sebuah kapal terbang lain datang dari arah bertentangan. Engram di dalam Minda Reaktif akan bertindak secara automatik pada bila-bila masa di dalam keadaan-keadaan tertentu yang mendesak.
            Engram berfungsi untuk membangkitkan rasa takut, ketagihan, makan berlebihan dan kebanyakan penyakit, emosi, sosial, fizikal, psikologikal dan spiritual. Satu Engram boleh mengaktifkan Engram yang lain di dalam satu rangkaian cerita yang sama seperti sebuah drama bersiri yang tiada kesudahan. Maka tidak dapat dipastikan berapa banyak Engram boleh diaktifkan serentak.
            Engram pada asalnya adalah untuk memelihara dan melindungi seseorang individu dari membahayakan dirinya. Misalnya semasa zaman kanak-kanak, seorang individu pernah digigit anjing, Engram takut anjing akan terbentuk di dalam Minda Bawah Sedar individu tersebut. Engram takut anjing ini adalah untuk menjaga kanak-kanak itu dari digigit anjing sekali lagi. Apa yang menjadi masalah ialah apabila individu itu membesar dan dewasa, dia aka tetap takut pada gigitan anjing kerana Engram takut anjing masih berada di dalam sistem otaknya. Engram takut anjing ini juga akan menyebabkan individu dewasa ini takut pada doctor gigi, haiwan bergigi dan anjing menyalak sehingga menjejaskan hidupnya dari segi sosio dan psikologi.
            Secara saintifik, Engram adalah pengalaman hidup yang direkodkan di dalam minda dan disimpan sebagai biofizikal atau biokimia yang boleh diaktifkan dengan ransangan dari luar atau external stimuli.

No comments:

Post a Comment