Friday, January 11, 2013

Chapter II Part 2: Break the barrier within thou mind


ENGRGAM mendapat namanya dari seorang penyelidik teknologi ingatan yang bernama, Richard Semon Engram. Engram tidak terletak di satu bahagian sahaja tetapi berada di seluruh bahagian otak yang bernama cortex. Otak manusia boleh dibahagikan kepada cerebellum, striatum, cerebral cortex, hippocampus dan amyglada. Setiap bahagian ini memainkan peranan penting di dalam sistem memori dan Engram di dalam kehidupan manusia. Melalui eksperimennya ke atas arnab beliau menyatakan Engram berada di dalam otak cerebellum dan bukannya di cerebral cortex. Yang menjadi isu penting adalah bukan di bahagian otak mana Engram berada tetapi bagaimanakah cara untuk menghapuskannya seperti kita menghapuskan virus di dalam komputer.
            Apakah kaedah yang sesuai untuk menghapuskan musuh dalam selimut ini seterusnya menjaga minda kita dari terkena Engram yang boleh memupuskan nilai islam? Bolehkah sesiapa yang mengenali kaedah Manipulasi MInda Bawah Sedar dan pengaktifan Engram melupuskan generasi muda, tua dan janin umat islam yang masih di dalam kandungan ibu?
            Dahulu penjajah menjadikan ayat seperti “melayu itu bodoh”, “melayu itu lemah”,”Apa merdeka tu? kalau tidak ada British ingat kita boleh perintah ke Negara ni” dan banyak lagi sebagai propaganda untuk memanipulasi minda orang-orang Melayu. Propaganda ini menjadi password atau trigger word untuk mengaktifkan Engram yang ada dan terus melemahkan semangat orang-orang Melayu sepeti yang berlaku sejak 400 tahun yang lalu. Ia sekaligus akan melumpuhkan semangat perjuangan orang-orang Melayu untuk bersaing mencapai tahap yang setanding dengan bangsa lain. Jadi orang-orang  Melayu tetap akan menjadi bangsa yang menurut perintah pihak atasan secara turun temurun.
            Berapa lama lagikah pihak penjajah akan berterusan memanipulasi Minda Bawah Sedar atas nama Globalisasi, isu keselamatan antarabangsa dan sebagainya untuk membius minda ummah dalam alaf baru ini? Ternyata kuasa penghalang induk dalam minda kita adalah Engram, Ia menjadi musuh dalam selimut yang melumpuhkan kehebatan umat islam dari dalam dengan remote control tanpa kos yang tinggi. Kaedah mengaktifkan minda untuk membasmi Engram sudah wujud di Eropah, Amerika dan Israel. Namun selama ini terdapat terlalu banyak halangan tangan-tangan ghaib atau halangan bawah radar supaya ia tidak sampai ke Negara-negara membangun seperti kita. Bayangkan Negara Israel dengan populasi penduduk kurang dari 13.5 juta mampu mengawal lebih dari 90% talian hayat ekonomi dunia yang dimiliki oleh hampir 7 billion penduduk dunia.

No comments:

Post a Comment