Friday, January 18, 2013

Mirror inside Mirror Chapter lll Part 1


Apakah 'self-esteem' ? Self-esteem ni adalah satu perasaan yang kita rasai tentang diri kita,atau konsep diri kita yang kita rasai atau fahami. Lebih jauh lagi,self-esteem inilah yang membantu seseorang bagaimana dia mahu menerangkan keadaan dirinya. Emosinya,pemikirannya,situasi dirinya. Self-esteem juga berkisar tentang maruah dan jatidiri merupakan kesan (extension) dari self-esteem. Contoh paling mudah untuk menerangkan tentang self-esteem ialah apabila kita menerangkan tentang diri masing-masing. “KEPERCAYAAN KITA TENTANG DIRI KITA”.
            Self-esteem penting untuk membangkitkan motivasi dan semangat berjuang. Orang akan jatuh semangat apabila dirosakkan self-esteemnya atau direndah-rendahkan (downgrade). Mana - mana bangsa yang pernah dibawah imperialisme mempunyai masalah self-esteem. Sesetengah dari mereka memandang tinggi orang Barat. Orang Barat digambarkan sebagai berkebolehan tinggi, segak, tepat semua tindakan, bijak dan berkemahiran. Ini lahir dari pembacaan sejarah yang melebih-lebihkan isu penjajahan. Jadi produk yang terhasil adalah minda terjajah. Terdapat dua kategori,pertama mereka yang kurang mendapat pendidikan,memandang tinggi orang Barat seolah-olah genius dan hebat. Kedua, mereka yang mendapat pendidikan,tapi tetap memandang orang Barat sebagai genius dan hebat dan memandang rendah bangsa sendiri dan Islam.
            Golongan kedua adalah parasit yang perlu 'disekolahkan'. Golongan kedua adalah wannabe tahap berat yang bangga dengan orang luar dan motived diri sendiri bahawa bangsa sendiri dan Islam adalah di bawah tahap. Kemudian dia setkan pemikiran orang lain bahawa bangsa sendiri dan Islam adalah  'low-level'. Mereka tiada self-esteem walau nampak 'educated'. Pandangan dan pemikiran mereka adalah pesimis.
            Untuk menjadi bangsa yang berani dan tabah, kita perlukan orang-orang yang kuat self-esteem. Jepun, yang hancur semasa Perang Dunia Kedua, memiliki orang-orang yang kuat self-esteem mereka. Pemikiran mereka jika Barat boleh buat itu dan ini, mereka pun boleh! Dan mereka berjaya. Lihat Filipina, rakyat mereka bijak-bijak. Bahasa Inggeris mereka bagus. Jurutera-jurutera mereka banyak berkerja di industri-industri termasuk di negara kita. Tetapi negara mereka mundur. Mereka tiada budaya dan self-esteem mereka hancur masa penjajahan Sepanyol dan Amerika. Dan mereka jadi 'wannabe' kepada kebudayaan Latin dan Barat.
            Self-esteem PERCAYA KEPADA KEMAMPUAN DIRI SENDIRI. Salah satu booster untuk mencapai self-esteem ialah melalui sejarah. Sebab itu jika anda belajar taktik ketenteraan, ada strategi untuk melemahkan musuh dengan satu teknik perang saraf, iaitu memusnahkan sejarah pihak yang kalah. Tujuan? Untuk HANCURKAN SELF-ESTEEM. Kita selalu dengar,apabila sesuatu negara melanggar negara lain, mereka akan membakar perpustakaan dan khazanah negara. Memusnahkan sejarah negara lain atau sesuatu bangsa akan melemahkan jatidiri dan semangat mereka.Tujuan? Supaya lemah untuk bangkit memberontak. Setiap 'uprising' mesti ada modal untuk buat 'battlecry'. Inspirasi untuk naik. Sejarah sesuatu bangsa adalah modal yang 'intangible' untuk pacu mereka supaya mara ke depan. Ahli sejarah pada zaman dahulu ibarat pegawai istana. Di dalam istana Maharaja China, memang ada penulis rekod dan sarjana sejarah yang akan buat riwayat (chronicles) pada satu-satu dinasti. Budaya Rom,memang kaya dengan ahli sejarah seperti Josephus.
             Sebab itu saya benci sikap orang yang melihat pesimis terhadap kemampuan bangsanya sendiri. Mereka pandang rendah bangsanya sendiri lebih-lebih lagi yang profesion mereka lebih rendah pada pandangan orang pesimis ini. Jika dia engineer, dia akan pandang rendah anak bangsanya yang kerja buruh kasar. Kalau dia kerja pejabat, dia akan pandang rendah makcik cleaner. Pemikiran dia dah set bahawa bangsa dia tetap 'low-level' sampai bila-bila.Ini yang terjadi kepada Filipina dan Kemboja sebagai contoh “No self-esteem, No confident”.
             Sebagai contoh,seseorang yang mengadu sakit itu dan sakit ini, walhal doktor meyakinkan dia bahawa dia sihat. Ini samalah dengan orang yang CACAT SELF-ESTEEM ini. Walaupun diyakinkan kemampuan anak bangsanya, dia TETAP PESIMIS. Kita kena ada orang yang walaupun dia berpendidikan tinggi dan bergaul dengan masyarakat antarabangsa, namun dia manfaatkan status dia untuk bawa secebis ilmu yang bermanfaat untuk bangunkan masyarakat islam. Kemudian bagi kata-kata semangat kepada mereka, berfikiran positif dan optimis.

No comments:

Post a Comment