Al Jazari
mengembangkan prinsip hidrolik untuk menggerakkan mesin yang kemudian hari
dikenal sebagai mesin robot.
”Tak mungkin
mengabaikan hasil karya Al-Jazari yang begitu penting. Dalam bukunya, ia begitu
terperinci memaparkan arahan untuk mereka cipta, merakit, dan membuat sebuah
mesin” (Donald Hill).
Kenyataan di atas merupakan ulasan Donald Hill, seorang ahli teknikal Inggris
yang tertarik dengan sejarah teknologi, atas buku karya ahli teknikal Muslim
yang ternama, Al-Jazari. Al Jazari merupakan seorang tokoh besar di bidang
mekanikal dan industri. Dilaahirkan di Al
Jazira, yang terletak diantara utara Iraq dan timur laut Syria, iaitu diantara
Sungai tigris dan Efrat. Al-Jazari merupakan ahli teknikal yang luar biasa pada zamannya. Nama lengkapnya
adalah Badi Al-Zaman Abullezz Ibn Alrazz Al-Jazari. Dia tinggal di Diyar Bakir,
Turki, pada abad ke-12. Ibnu Ismail Ibnu
Al-Razzaz al-Jazari mendapat jolokan sebagai Bapa Modern Engineering kerana
penemuan-penemuannya yang banyak mempengaruhi rancangan mesin-mesin modern pada
masa kini, diantaranya combustion engine, crankshaft, suction pump,
programmable automation, dan banyak lagi.
Beliau digelar Al-Jazari kerana di lahirkan di Al-Jazira, sebuah wilayah
yang terletak di antara Tigris dan Efrat, Iraq. Seperti ayahnya beliau berkhidmat
dengan raja-raja Urtuq atau Artuqid di Diyar Bakir dari 1174 sampai 1200
sebagai ahli teknikal. Donald Routledge dalam bukunya Studies in
Medieval Islamic Technology, mengatakan bahwa hingga zaman moden ini, tidak
satupun dari suatu kebudayaan yang dapat menandingi lengkapnya instruksi untuk
merancang, memproduksi dan menyusun berbagai mesin sebagaimana yang disusun olehAl-Jazari. Pada 1206 ia menghasilkan sebuah karya dalam
bentuk buku yang berkaitan dengan dunia teknikal. Beliau mendokumentasikan
lebih dari 50 karyanya, lengkap dengan perincian gambar-gambarnya dalam buku,
“al-Jami Bain al-Ilm Wal ‘Aml al-Nafi Fi Sinat ‘at al-Hiyal” (The Book of
Knowledge of Ingenious Mechanical Devices). Bukunya ini adalah mengenai teori
dan praktikal mekanikal. Karyanya ini sangat berlainan dengan karya ilmuwan
lainnya, kerana lengkap dengan piawainya Al-Jazari memaparkan secara lengkap hal yang
terkait dengan mekanikal dan merupakan sumbangan yang sangat berharga dalam
sejarah teknikal.
Keunggulan buku tersebut dikagumi oleh ahli teknikal Inggris, Donald
Hill (1974). Donald menyatakan bahawa begitu pentingnya karya Al-Jazari
tersebut dalam sejarah kerana katanya,
dalam buku Al-Jazari, terdapat instruksi untuk merancang, merakit, dan membuat
mesin. Pada tahun yang sama juga 1206, al-Jazari membuat jam gajah yang
bekerja dengan tenaga air dan pemberat untuk menggerakkannya secara automatik
sistem mekanikal, yang dalam interval tertentu akan memberikan suara simbal dan
burung berkicau. Prinsip humanoid automation inilah yang mengilhami
pengembangan robot masa sekarang. Kini replika jam gajah tersebut disusun
kembali oleh London Science Museum, sebagai bentuk penghargaan atas karya
besarnya.
Pada acara World of Islam Festival yang diadakan di England pada 1976,
banyak orang yang kagum dengan hasil karya Al-Jazari kerana Science Museum merekonstruksi kerja gemilang Al-Jazari, yaitu
jam air. Minat yang mendalam Donald Hill terhadap karya Al-Jazari memberinya
dorongan untuk menerjemahkan karya Al-Jazari pada 1974, atau 668 tahun setelah
pengarangnya menyelesaikan karyanya. Tulisan Al-Jazari juga dianggap
unik kerana memberikan gambaran yang begitu terperinci dan jelas manakala ahli
teknikal lainnya lebih banyak mengetahui teori saja atau mereka menyembunyikan
pengetahuannya dari orang lain. Bahkan ia juga menggambarkan metode
rekonstruksi peralatan yang beliau cipta.
Karyanya juga dianggap sebagai sebuah manuskrip terkenal di dunia, yang
dianggap sebagai teks penting untuk mempelajari sejarah teknologi. Isinya
diilustrasikan dengan miniatur yang menakjubkan. Hasil kerjanya ini kerap
menarik perhatian dari dunia Barat. Karyanya yang genius, ilmuwan dan
ahli teknikal Muslim ini telah membawa masyarakat Islam pada abad ke-12 pada
kejayaan. Ia hidup dan bekerja di Mesopotamia selama 25 tahun. Beliau berkhidmatdi
istana Artuqid, pada zaman itu di bawah naungan Sultan Nasir al-Din Mahmoud.
Al-Jazari memberikan sumbangan yang pentng bagi dunia ilmu dan masyarakat.
No comments:
Post a Comment